Skuad bola negara ke suku akhir - kawan-kawan Hallo
news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Skuad bola negara ke suku akhir, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting
Artikel Berita,
Artikel ekonomi,
Artikel kesihatan,
Artikel maklumat umum,
Artikel politik,
Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.
Tajuk :
Skuad bola negara ke suku akhirlink :
Skuad bola negara ke suku akhir
Skuad bola negara ke suku akhir
ARKIB : 14/04/2005
TAIF - Dua gol dalam masa tiga minit menerusi Mohd. Fadzli Shaari membawa skuad negara layak ke suku akhir acara bola sepak pada Sukan Perpaduan Islam di sini, semalam.
Jaringan di penghujung babak kedua itu sekaligus membolehkan Malaysia bukan sahaja menewaskan Pakistan 2-0 malah turut muncul juara Kumpulan D menerusi undian.
Pihak penganjur terpaksa melakukan undian itu setelah Malaysia mempunyai sama mata dan jaringan dengan satu lagi pasukan dalam kumpulan itu iaitu Maghribi.
Dengan undian berpihak kepada Malaysia, skuad negara akan bertemu naib juara Kumpulan B iaitu Syria pada suku akhir yang akan berlangsung di sini pada Jumaat ini.
Jelas perlawanan menentang Pakistan semalam lebih banyak dikuasai skuad negara tetapi banyak mensia-siakan peluang yang terhidang.
Bagaimanapun ketika penyokong Malaysia hampir putus harapan, Fadzli bijak menggunakan ketinggiannya untuk menanduka masuk gol pertama negara pada minit ke-71.
Gol berpunca daripada sepakan sudut yang ditanduk Lim Chan Yew tetapi ditampan penjaga gol Pakistan dan bola muntah sebelum ditanduk Fadzli dengan mudah.
Malaysia tidak perlu menunggu lama untuk menambah jaringan selepas itu apabila Ivan Yusuf melakukan hantaran lintang di depan pintu gol Pakistan sebelum ditampan Mohd. Nor Ismail bagi membolehkan Fadzli merembat leret bola ke dalam gawang pada minit ke-74.
Sementara itu, kontinjen negara meraih satu perak dan tiga lagi pingat gangsa semalam menerusi acara taekwondo dan angkat berat.
Gangsa taekwondo menerusi Mohd. Afifuddin Omar dalam kategori bantamweight dan angkat berat kategori 56kg menerusi Mohd. Faizal Baharum dalam acara snatch (115kg) dan keseluruhan (250kg).
Faizal bagaimanapun meraih perak dalam kategori clean & jerk dengan angkatan seberat 135kg. - Utusan
sumberArtikel Penuh: http://ift.tt/2rucbvm
© Utusan Melayu (M) Bhd
Thus Article Skuad bola negara ke suku akhir
Itulah artikel Skuad bola negara ke suku akhir Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Skuad bola negara ke suku akhir dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/skuad-bola-negara-ke-suku-akhir.html
Related Posts :
VIDEO Tarian Perang Pejuang Negara V/S Penyamun Negara
Pejuang Negara V/S Penyamun Negara
Credit Kepada Pengedit Video Nie..
… Read More...
Rasuah: Inspektor Polis Di Penjara Enam Tahun & Denda RM125 Ribu
KUALA TERENGGANU: Seorang Inspektor polis dijatuhi hukuman penjara berjumlah enam tahun dan denda RM125,000 oleh Mahkamah Sesyen &nb… Read More...
Jangan main politik, Sultan Johor beritahu datuk bandar FMT Reporters Share Tweet Pin Mail sltanjohor4_1445 Gambar Facebook PETALING JAYA: Sultan Johor mengingatkan datuk bandar dan yang dipertua pihak berkuasa tempatan jangan terlibat atau campur politik dan tumpu pada soal pentadbiran serta penguatkuasaan. Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu mereka menjalankan tanggungjawab dengan dedikasi bagi memastikan agenda pembangunan rakyat terus diutamakan. “Sebagai penjawat awam anda semua mempunyai tanggungjawab untuk bersama-sama memajukan negeri Johor serta kawasan pentadbiran masing-masing di samping mengutamakan masalah rakyat. “Tumpukan perhatian pada kawasan pentadbiran masing-masing termasuk soal keindahan, kebersihan, pemasangan papan tanda. Jika ada pelan pembangunan projek dikemukakan sila teliti secara terperinci. “Pastikan pelan pembangunan itu menepati ciri-ciri yang diperlukan antaranya soal landskap, keselamatan, kualiti jalan raya, laluan pejalan kaki dan basikal. Ini semua membabitkan kepentingan rakyat secara keseluruhan,” kata Sultan Ibrahim. Sultan Johor berkata demikian di Facebook hari ini, selepas pertemuan 1 jam bersama datuk bandar dan YDP pihak berkuasa tempatan di Kelab Polo Diraja Johor di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru. Pada pertemuan itu, Sultan Ibrahim mengarahkan mereka mengemukakan laporan kebersihan dan keindahan daerah, dan cadangan pembangunan dan kemajuan negeri untuk penelitian.FMT Reporters
Gambar Facebook
PETALING JAYA: Sultan Johor mengingatkan datuk bandar dan yang dipertua pihak berkuasa tempatan jangan te… Read More...
Suspek Keempat Ditahan, Kes Jual Gelaran Darjah Kebesaran Pahang Palsu
KUANTAN: Polis menahan seorang lagi lelaki yang dipercayai anggota sindiket penawaran serta penjualan gelaran darjah kebesaran Pahang yang… Read More...
Prolintas: Tanah tak stabil punca kren tumbang di MRR2
Bernama
Pasukan kecemasan turut dikerahkan ke kawasan kejadian untuk kerja pembersihan bagi menyuraikan kesesakan trafik deng… Read More...
0 Response to "Skuad bola negara ke suku akhir"
Catat Ulasan