Loading...

Shahrir, Jazlan Akui Kenal Dengan Florence, Tak Tahu Kaitan Godfrey Group

Loading...
Shahrir, Jazlan Akui Kenal Dengan Florence, Tak Tahu Kaitan Godfrey Group - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Shahrir, Jazlan Akui Kenal Dengan Florence, Tak Tahu Kaitan Godfrey Group, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Shahrir, Jazlan Akui Kenal Dengan Florence, Tak Tahu Kaitan Godfrey Group
link : Shahrir, Jazlan Akui Kenal Dengan Florence, Tak Tahu Kaitan Godfrey Group

Baca juga


Shahrir, Jazlan Akui Kenal Dengan Florence, Tak Tahu Kaitan Godfrey Group

KUALA LUMPUR: Tan Sri Shahrir Samad dan Datuk Nur Jazlan Mohamed akui mereka mengenali Florence Goh, individu yang sebelum ini didakwa Rafizi Ramli menandatangani kontrak melobi bagi pihak Godfrey Group Limited.
Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin Umno itu berkata mereka cuma mengenali Florence sebagai individu yang terbabit dalam aktiviti amal.
Ahli Parlimen Pandan dari PKR itu sebelum ini meminta mereka membuat kenyataan sama ada mereka mempunyai kaitan dengan usaha menggunakan Godfrey Group untuk membayar AS$250,000 (RM1.07 juta) kepada bekas pegawai kempen Presiden Donald Trump untuk melobi kepentingan negara.
“Saya tidak menyedari kaitannya dengan Godfrey Group dan saya juga tidak tahu mengenai Godfrey Group,” kata Shahrir lapor Malay Mail Online hari ini.
“Saya tidak tahu aktiviti peribadi beliau,” kata Nur Jazlan menurut laporan sama.
Shahrir merupakan Ahli Parlimen Johor Bahru, sementara Nur Jazlan pula Ahli Parlimen Pulai.
Rafizi merujuk kepada laporan mengatakan Florence adalah presiden badan bukan kerajaan Care United Johor Bahru dan penasihat NGO itu ialah Shahrir. Rafizi kemudian melampirkan beberapa keping gambar menunjukkan Shahrir atau Jazlan bersama Florence di beberapa majlis penyampaian hadiah anjuran NGO tersebut.
“Seperti biasa Rafizi membuat dakwaan seperti ini tanpa bukti dan tidak peduli kesannya kepada nama baik orang yang didakwa. Jabatan perdana menteri sudah membuat penafian mengenai perkara ini,” kata Shahrir.
Portal berita AS The Daily Beast melaporkan syarikat The 45 Group milik Healy Baumgardner-Nardone yang pernah menyertai pasukan kempen Trump mengisytihar menerima RM1.07 juta daripada sebuah syarikat beralamat di Johor Bahru dan juga pejabat perdana menteri di Putrajaya.
Pengisytiharan itu wajib di bawah Akta Pendaftaran Ejen Asing di mana sesiapa yang terlibat melobi penjawat awam AS perlu mendedahkan butiran kepada Jabatan Kehakiman AS (DoJ).
Menurut borang rasmi yang difailkan Nardone, bayaran itu dibuat pada 9 Mei 2017.
Portal itu turut melaporkan Malaysia kini berdepan 2 isu dalam hubungannya dengan Washington iaitu tuduhan Malaysia terlibat amalan perdagangan berat sebelah yang merugikan AS dan tindakan pihak berkuasa AS berkenaan skandal 1MDB.
Sebelum ini, Rafizi mempersoalkan keperluan pentadbiran Najib melobi Trump dan menuntut Najib mendedahkan siapa pemilik Godfrey Group. #sumber


Thus Article Shahrir, Jazlan Akui Kenal Dengan Florence, Tak Tahu Kaitan Godfrey Group

Itulah artikel Shahrir, Jazlan Akui Kenal Dengan Florence, Tak Tahu Kaitan Godfrey Group Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Shahrir, Jazlan Akui Kenal Dengan Florence, Tak Tahu Kaitan Godfrey Group dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/shahrir-jazlan-akui-kenal-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Shahrir, Jazlan Akui Kenal Dengan Florence, Tak Tahu Kaitan Godfrey Group"

Catat Ulasan

Loading...