Loading...

Serangan Keganasan Di Rantau Ini Berkait Dengan Pembunuhan Wanndy - TPM

Loading...
Serangan Keganasan Di Rantau Ini Berkait Dengan Pembunuhan Wanndy - TPM - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Serangan Keganasan Di Rantau Ini Berkait Dengan Pembunuhan Wanndy - TPM, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Serangan Keganasan Di Rantau Ini Berkait Dengan Pembunuhan Wanndy - TPM
link : Serangan Keganasan Di Rantau Ini Berkait Dengan Pembunuhan Wanndy - TPM

Baca juga


Serangan Keganasan Di Rantau Ini Berkait Dengan Pembunuhan Wanndy - TPM



KUALA LUMPUR: Insiden terbaharu serangan pengganas di beberapa daerah di Thailand, Jakarta, Indonesia serta pertempuran di Mindanao, Filipina mempunyai kaitan dengan pembunuhan koordinator Daesh Asia Tenggara, Mohammad Wanndy Mohamed Jedi di Syria pada Mac lepas, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ini merupakan hasil kajian yang diperoleh oleh badan perisikan yang juga mendapati kewujudan rangkaian Katibah Nusantara oleh Daesh untuk mereka yang menjadi pengganas di rantau ini.

"Apa yang berlaku di Selatan Thai, Jakarta dan Mindanao, kajian badan perisikan mendapati ada hubung kait dengan pembunuhan Wanndy yang dahulu merupakan seorang koordinator Katibah Nusantara.

"Kita di Malaysia jangan berasa selesa dengan keadaan ini," katanya kepada wartawan selepas merasmikan Program Big Splash Data Terbuka di Universiti Malaya di sini hari ini.

Justeru, katanya pihak polis khasnya melalui unit anti keganasan sentiasa meningkatkan kesiapsiagaan untuk mengekang kegiatan keganasan pada tahap tertinggi, lebih-lebih lagi dalam persiapan negara menjadi tuan rumah Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN pada Ogos dan September ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut menggesa rakyat supaya meletakkan kepercayaan penuh kepada pihak polis dan agensi penguat kuasa yang lain dalam isu ini.

Katanya insiden sedemikian dan juga serangan bom di Manchester boleh berlaku pada negara sekiranya kita berasa riak dalam hal ini.

"Saya juga meminta supaya rakyat jangan ambil mudah apa yang berlaku.

"Pengeboman boleh berlaku bila-bila masa, di mana-mana sahaja di dunia ini dan Malaysia tidak terlepas dan (mungkin) akan mengalami perkara ini jika kita tidak berhati-hati dan hanya meletakkan kesiapsiagaan kepada agensi-agensi penguatkuasaan," katanya.

Beliau berkata usaha kerjasama antara agensi penguatkuasaan kerajaan dengan pihak luar seperti ASEANAPOL juga dipertingkat untuk mengesan dan memantau pergerakan pengganas.

Thailand telah mengalami beberapa siri pengeboman dengan insiden terbaharu berlaku letupan bom paip di sebuah hospital milik tentera di Bangkok pada Isnin lalu yang mencederakan 20 orang manakala di terminal bas di Jakarta Timur malam tadi berlaku serangan bom oleh pengebom berani mati yang mengakibatkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh.

Kerajaan Filipina pada Selasa lalu telah menguatkuasakan undang-undang tentera di wilayah Mindanao berikutan berlaku pertempuran berdarah antara tentera kerajaan dengan puak militan berkaitan Daesh di Bandar Marawi.

-- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qZ5vSQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Serangan Keganasan Di Rantau Ini Berkait Dengan Pembunuhan Wanndy - TPM

Itulah artikel Serangan Keganasan Di Rantau Ini Berkait Dengan Pembunuhan Wanndy - TPM Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Serangan Keganasan Di Rantau Ini Berkait Dengan Pembunuhan Wanndy - TPM dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/serangan-keganasan-di-rantau-ini.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Serangan Keganasan Di Rantau Ini Berkait Dengan Pembunuhan Wanndy - TPM"

Catat Ulasan

Loading...