Loading...

Selepas bebas di Pulau Pinang, 3 suspek JJPTR ditahan polis Perak

Loading...
Selepas bebas di Pulau Pinang, 3 suspek JJPTR ditahan polis Perak - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Selepas bebas di Pulau Pinang, 3 suspek JJPTR ditahan polis Perak, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Selepas bebas di Pulau Pinang, 3 suspek JJPTR ditahan polis Perak
link : Selepas bebas di Pulau Pinang, 3 suspek JJPTR ditahan polis Perak

Baca juga


Selepas bebas di Pulau Pinang, 3 suspek JJPTR ditahan polis Perak

 
Ketua Siasatan Jenayah Komersial Perak, Supt Lee Ewe Kiang berkata, ketiga-tiga suspek akan ditahan polis Taiping bagi membantu siasatan berhubung laporan terhadap mereka di Kamunting.


jjpt-4


PETALING JAYA: Polis menahan semula pengasas sindiket pelaburan JJ Poor To Rich (JJPTR) dan 2 orang kanannya bagi membolehkan siasatan susulan dijalankan di Perak selepas mereka dibebaskan di Pulau Pinang awal hari ini.

Terdahulu kesemua mereka dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, Komisioner Abdul Ghani Ahmad berkata, ketiga-tiga mereka kini berada di ibu pejabat polis daerah Seberang Perai Tengah di Bandar Perda, Bukit Mertajam untuk polis dari Kamunting, Perak mengambil mereka.

Laporan Star Online memetik Ketua Siasatan Jenayah Komersial Perak, Supt Lee Ewe Kiang berkata, suspek itu akan ditahan oleh polis Taiping hari ini bagi membantu siasatan berhubung laporan terhadap mereka di Kamunting.

Ketiga-tiga mereka dijangka dihadapkan di Mahkamah Taiping untuk tujuan reman esok.

Mereka dibebaskan dengan jaminan polis di Petaling Jaya kelmarin selepas reman mereka tamat tetapi ditahan semula untuk diserahkan kepada polis Pulau Pinang bagi siasatan lanjut semalam.

Hari ini, Majistret Dianne Ningrad Nor Azahar membenarkan kesemua lelaki yang berusia 28 hingga 29 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis.

Peguam yang mewakili ketiga-tiga lelaki itu berkata pihaknya memohon Mahkamah Majistret Bukit Mertajam menolak permohonan reman terhadap anak guamnya atas alasan mereka telah direman selama 6 hari di Mahkamah Majistret Klang sebelum ini.

Pada 12 Mei lalu, 1 serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dan p
olis Pulau Pinang bersama pasukan siasatan Pengubahan Wang Haram (AMLA), Bank Negara Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Cyber Security Malaysia di 8 lokasi berbeza di sekitar Pulau Pinang.

Kesemua 8 lokasi tersebut yang terdiri daripada beberapa pejabat dan unit kediaman, dipercayai digunakan sebagai pejabat operasi sindiket itu.

Seramai 19 individu terdiri daripada 15 pekerja dan 4 pelabur berusia dalam lingkungan 23 hingga 40 tahun ditahan.

Sindiket itu dipercayai telah mengaut keuntungan RM1.7 bilion hasil wang yang dilaburkan mangsa.




Thus Article Selepas bebas di Pulau Pinang, 3 suspek JJPTR ditahan polis Perak

Itulah artikel Selepas bebas di Pulau Pinang, 3 suspek JJPTR ditahan polis Perak Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Selepas bebas di Pulau Pinang, 3 suspek JJPTR ditahan polis Perak dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/selepas-bebas-di-pulau-pinang-3-suspek.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Selepas bebas di Pulau Pinang, 3 suspek JJPTR ditahan polis Perak"

Catat Ulasan

Loading...