Loading...

Sebutir Lagi Bom Paip Dijumpai Di Bangkok

Loading...
Sebutir Lagi Bom Paip Dijumpai Di Bangkok - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sebutir Lagi Bom Paip Dijumpai Di Bangkok, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Sebutir Lagi Bom Paip Dijumpai Di Bangkok
link : Sebutir Lagi Bom Paip Dijumpai Di Bangkok

Baca juga


Sebutir Lagi Bom Paip Dijumpai Di Bangkok

BANGKOK – Sebutir lagi bom paip dijumpai di daerah Huai Kwang, di bahagian tengah bandar raya ini, seminggu selepas sebutir bom paip berkuasa tinggi yang sarat berisi paku, meletup di Hospital Pramongkutklao kendalian tentera di sini dan mencederakan 21 orang.

Ketua Polis Negara Jen Chaktip Chaijinda dalam respons segera yang mengesahkan penemuan bom itu berkata pihak terbabit ingin menimbulkan suasana cemas dalam kalangan orang ramai dan mencemarkan nama baik polis.

“Bom itu kelihatan sama seperti bom yang digunakan dalam kes sebelum ini di Minburi dan Ratchaprasong,” katanya kepada media hari ini, sambil menambah pihak berkuasa memerlukan lebih banyak masa untuk membuat analisis lanjut tentang bom berkenaan dan komponennya.

Berikutan bom itu merupakan kejadian keempat melibatkan bom paip yang dihadapi pihak berkuasa dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, ketua polis tersebut mengarahkan anggota pasukannya supaya mengambil langkah lebih ketat bagi memelihara keselamatan orang ramai.

Dalam kejadian pada 2 petang waktu tempatan itu, pasukan Pelupusan Kelengkapan Bahan Letupan (EOD) polis dihantar ke tempat berkenaan dan mereka segera mengepung kawasan itu sebelum mengambil peranti letupan tersebut untuk dianalisis.

Dalam satu lagi kejadian kira-kira 30 minit selepas penemuan bom paip di daerah Huai Kwang itu, pasukan EOD polis dikerahkan ke kawasan Rama 2 di ibu negara Thailand ini, selepas menerima laporan tentang kewujudan sebuah kotak yang mencurigakan.

Polis melakukan letupan terkawal terhadap kotak berkenaan dan mendapati ia tidak diisi dengan sebarang bahan.

Sebelum kejadian letupan bom di Hospital Pramongkutklao, Bangkok digegarkan oleh dua letupan bom paip berhampiran Bangunan Loteri Kerajaan di Ratchadamnoen Road, menyebabkan dua orang cedera pada 5 April, dan di Bangunan Panggung Negara di Sanam Luang pertengahan bulan ini.

Letupan di Bangunan Panggung Negara itu juga menyebabkan dua orang cedera.

Letupan bom di hospital kendalian tentera itu mendorong kerajaan meningkatkan langkah keselamatan dan pihak berkuasa menghantar lebih banyak anggota tentera dan polis untuk mengawal bangunan kerajaan dan tempat awam. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rjWpCl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Sebutir Lagi Bom Paip Dijumpai Di Bangkok

Itulah artikel Sebutir Lagi Bom Paip Dijumpai Di Bangkok Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Sebutir Lagi Bom Paip Dijumpai Di Bangkok dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/sebutir-lagi-bom-paip-dijumpai-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sebutir Lagi Bom Paip Dijumpai Di Bangkok"

Catat Ulasan

Loading...