Loading...

Saya Tak Mahu Jadi Tamak – Sherry Ibrahim

Loading...
Saya Tak Mahu Jadi Tamak – Sherry Ibrahim - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Saya Tak Mahu Jadi Tamak – Sherry Ibrahim, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Saya Tak Mahu Jadi Tamak – Sherry Ibrahim
link : Saya Tak Mahu Jadi Tamak – Sherry Ibrahim

Baca juga


Saya Tak Mahu Jadi Tamak – Sherry Ibrahim

Agak lama tidak muncul menerusi lakonan, aktres cantik Sherry Ibrahim, 34, mengaku beliau kini lebih seronok dan puas menjalankan perniagaannya di samping semakin aktif dengan dunia pengacaraan.

Menurut pemilik nama sebenar Syarizad Ibrahim ini, dia kini dalam usaha mengembangkan perniagaan produk kecantikan wajah jenamanya, Deeja Cosmetic yang dimulakan sejak setahun yang lalu.

“Rindu juga bidang lakonan. Tawaran ada cuma saya terpaksa menolak kerana bercanggah dengan jadual kerja saya yang lain. Saya akui, sekarang saya lebih seronok berniaga dan semakin selesa mengacara.

“Jadi saya rasa saya mahu fokus pada perniagaan saya. Saya tidak mahu buat pelbagai kerja dalam satu masa tetapi akhirnya sukar memberi fokus. Saya tak mahu nanti dikatakan tamak.

“Buat masa ini saya mahu beri tumpuan sepenuhnya kepada Deeja Cosmetic. Alhamdulillah, produk keluaran saya semakin mendapat sambutan. Satu kepuasan bagi saya apabila saya sendiri yang turun padang, berniaga dan memberi penjelasan mengenai produk saya kepada para pembeli,” katanya selaku pengasas produk kecantikan tersebut.

Sherry berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Mood Republic Back To Back Raya Galore Festival 2017, bertempat Riverside, PWTC, pada Selasa.

Mengenai penglibatannya di temasya raya terbesar itu, Sherry berkata, pengalaman merasai sendiri kemeriahan serta kehangatan festival yang berlangsung tahun lalu membuatkan dia teruja dan mahu sama-sama sekali lagi pada festival kali ini yang akan berlangsung di PWTC pada 17 sehingga 19 Jun ini.

Tahun ini bukan saja di Kuala Lumpur, malah Sherry akan turut turun padang di karnival Mood Republic yang diadakan seperti di Johor Bahru, Pahang dan Kedah. Selain itu, meneusi jenama produknya, dia merancang untuk menjalankan beberapa aktiviti amal sepanjang Ramadan nanti.

“Sepanjang bulan Ramadan ini saya sibuk dengan karnival Mood Republic di lima lokasi terpilih. Selain itu, saya rancang beberapa aktiviti amal seperti saya bersama pasukan saya Deeja Cosmetic mahu menjalankan aktiviti membantu gelandangan,” katanya.

Dalam pada itu, Sherry mendedahkan dia kini berjinak-jinak sebagai motivator yang mana dia diundang oleh badan koporat juga institut pengajian tinggi untuk berkongsi pengalaman misalnya pengalaman menjalankan perniagaan.

“Sejak tahun lalu, saya sering diundang untuk memberi ceramah dan berkongsi dari segi pengalaman bagaimana saya memulakan perniagaan saya,” katanya.

Perkembangan lain, Sherry diberi kepercayaan mengacarakan program Pesona Muslimah untuk saluran Astro Oasis. Dia juga mengacarakan program Sembang Chef untuk saluran RTM yang dijangka akan ditayangkan tahun hadapan.

The post Saya Tak Mahu Jadi Tamak – Sherry Ibrahim appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2scILOm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Saya Tak Mahu Jadi Tamak – Sherry Ibrahim

Itulah artikel Saya Tak Mahu Jadi Tamak – Sherry Ibrahim Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Saya Tak Mahu Jadi Tamak – Sherry Ibrahim dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/saya-tak-mahu-jadi-tamak-sherry-ibrahim.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Saya Tak Mahu Jadi Tamak – Sherry Ibrahim"

Catat Ulasan

Loading...