Loading...

“Saya Fikir Akan Mati” – Penumpang

Loading...
“Saya Fikir Akan Mati” – Penumpang - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk “Saya Fikir Akan Mati” – Penumpang, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : “Saya Fikir Akan Mati” – Penumpang
link : “Saya Fikir Akan Mati” – Penumpang

Baca juga


“Saya Fikir Akan Mati” – Penumpang

MELBOURNE – Beberapa penumpang turut menceritakan detik cemas yang dilalui kira-kira 90 minit selepas pesawat Malaysia Airlines berpatah balik ke Melbourne susulan seorang penumpang mengancam untuk meletupkan pesawat tersebut.

Pesawat MH128 menuju ke Kuala Lumpur itu meninggalkan Melbourne kira-kira pukul 11.11 malam waktu tempatan pada Rabu dan berpatah balik tidak lama selepas itu.

Seorang warga Sri Lanka yang dipercayai mabuk mencetuskan kekecohan di dalam pesawat.

Suspek bagaimanapun berjaya dikawal anak kapal pesawat itu dan kemudiannya ditahan.

Seorang penumpang kelas perniagaan yang hanya ingin dikenali sebagai Andy memberitahu stesen radio Melbourne, 3AW bahawa suspek mengancam mahu meletupkan pesawat itu.

“Anak kapal berkata, ‘ sila duduk tuan, sila duduk tuan. Suspek bagaimanapun berkata, tidak saya tidak akan duduk, saya akan letupkan pesawat ini.

“Anak kapal kemudiannya menjerit ‘saya perlukan bantuan, saya perlukan bantuan. Jadi saya melompat dan mendekati lelaki itu,” kata Andy.

Andy berkata suspek berlari ke belakang pesawat manakala dua lagi penumpang lelaki lain cuba menangkapnya.

Mereka kemudiannya merampas alat yang dipegang suspek dan mengikat tangannya.

Polis Victoria, Superintendan Andy Langdon menyifatkan pengalaman yang dilakukan penumpang amat menakutkan sambil menganggap penumpang dan anak kapal sebagai hero.

Penumpang Arif Chaudery berkata dia turut menyertai beberapa yang lain mengawal suspek.

“Keluarga, kanak-kanak, mereka menjerit… jadi tiga atau empat lelaki, kami melompat ke atas badan suspek dengan cepat.

“Kami menolaknya ke atas lantai dan anak kapal membawa tali, kami mengikat tangan dan kakinya serta meletakkan mukanya ke lantai,” kata Arif.

Sementara itu, Laura turut meluahkan rasa bimbang mengenai hidupnya.

“Saya fikir pesawat itu akan jatuh. Saya fikir bom itu akan meletup, saya fikir saya akan mati,” katanya.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Aziz Ab Kaprawi memberitahu pesawat itu bukan dirampas tetapi ada seorang penumpang cuba memasuki kokpit.

“Penumpang mendakwa memiliki bom. Namun ia bukan bom tetapi powerbank.

“Semua penumpang selamat. Suspek dibawa keluar dari pesawat oleh pihak keselamatan Australia,” katanya. – mStar Online

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qCvRco

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article “Saya Fikir Akan Mati” – Penumpang

Itulah artikel “Saya Fikir Akan Mati” – Penumpang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel “Saya Fikir Akan Mati” – Penumpang dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/saya-fikir-akan-mati-penumpang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "“Saya Fikir Akan Mati” – Penumpang"

Catat Ulasan

Loading...