Loading...

Sarawak komited laksanakan transformasi sosioekonomi - Uggah

Loading...
Sarawak komited laksanakan transformasi sosioekonomi - Uggah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sarawak komited laksanakan transformasi sosioekonomi - Uggah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Sarawak komited laksanakan transformasi sosioekonomi - Uggah
link : Sarawak komited laksanakan transformasi sosioekonomi - Uggah

Baca juga


Sarawak komited laksanakan transformasi sosioekonomi - Uggah

KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak komited melaksanakan intervensi awal utama berdasarkan kepada cadangan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Transformasi Sosioekonomi (SET), kata Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah berkata berikutan itu, kerajaan negeri menetapkan enam Bidang Keberhasilan Utama (KRA) untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negeri selain mencapai transformasi sosioekonomi yang diingini.

Enam KRA itu adalah meningkatkan pelaburan dalam sektor perindustrian dan penyertaan PKS terutamanya dalam industri minyak dan gas serta industri hiliran perkayuan; memodenkan dan mengkomersilkan sektor pertanian dengan meningkatkan rantaian bekalan keseluruhan industri pertanian di Sarawak untuk meningkatkan pendapatan petani, serta mewujudkan pertumbuhan baharu dalam sektor perkhidmatan dengan tumpuan khas kepada industri pelancongan yang akan memberi kesan besar kepada ekonomi domestik.

KRA lain adalah meningkatkan peluang perniagaan di pusat-pusat bandar negeri melalui pembangunan bandar dan pembaharuan bandar; meningkatkan penyertaan dalam bidang keusahawanan dan membangunkan tapak pelupusan dan kemudahan pengurusan sisa yang mesra alam, serta meningkatkan perlindungan dan pemuliharaan tasik, kawasan tadahan air dan hutan.

"Pelaksanaan program dan projek di bawah enam KRA itu sedang berjalan lancar," kata Uggah semasa berucap menggulung bagi kementerian itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Mengenai kemajuan KRA 2, Uggah berkata Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan RM80 juta untuk melaksanakan pelbagai program dan projek di bawah KRA bagi memodenkan dan mengkomersilkan sektor pertanian di bawah Jawatankuasa Kabinet Mengenai SET.

Beliau berkata daripada peruntukan itu, sebanyak RM20 juta diluluskan untuk pembinaan projek infrastruktur bagi 51 ladang yang memanfaatkan 3,900 keluarga petani, dan RM8 juta diluluskan untuk penubuhan empat pusat pengumpulan, pemprosesan dan pembungkusan (CPPC) iaitu Loji IQF Tarat, Stesen Pertanian Bersepadu Layar, Kapit dan Sibu.

Beliau berkata sejumlah RM37 juta diluluskan untuk pembangunan tanaman bagi membantu pekebun kecil menjalankan projek menjana pendapatan iaitu kelapa sawit, sagu, kelapa, lada, buah-buahan, Zon Pengeluaran Makanan Kekal dan Program Kepelbagaian Pertanian yang memberi manfaat kepada 6,544 keluarga petani.

Sebanyak RM15 juta pula diluluskan untuk pembangunan ternakan dengan RM13 juta daripadanya adalah untuk pembangunan industri ternakan lembu serta RM2 juta untuk projek burung walet.

"Kumpulan sasaran utama program itu adalah miskin tegar yang disenaraikan dalam e-Kasih terutamanya mereka yang tidak menerima apa-apa bantuan. Sasaran kami adalah untuk memastikan penerima yang disenaraikan dalam kumpulan ini akan menerima bantuan menjelang Jun ini," katanya. -BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qGoHpQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Sarawak komited laksanakan transformasi sosioekonomi - Uggah

Itulah artikel Sarawak komited laksanakan transformasi sosioekonomi - Uggah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Sarawak komited laksanakan transformasi sosioekonomi - Uggah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/sarawak-komited-laksanakan-transformasi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sarawak komited laksanakan transformasi sosioekonomi - Uggah"

Catat Ulasan

Loading...