Loading...

Saran Sumbang Rumah Kepada Golongan Miskin

Loading...
Saran Sumbang Rumah Kepada Golongan Miskin - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Saran Sumbang Rumah Kepada Golongan Miskin, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Saran Sumbang Rumah Kepada Golongan Miskin
link : Saran Sumbang Rumah Kepada Golongan Miskin

Baca juga


Saran Sumbang Rumah Kepada Golongan Miskin

JELI – Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta disaran membantu membaik pulih atau membina rumah baharu kepada golongan miskin yang memerlukan kediaman yang selesa.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata walaupun kerajaan mempunyai program tertentu untuk menyediakan rumah kepada golongan tersebut namun jumlah mereka adalah ramai.

“Melalui sumbangan sektor korporat termasuk GLC ini, ia akan mempercepatkan penyediaan rumah kepada golongan asnaf dan miskin ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Kesyukuran Projek Baiti Jannati 2017 peringkat Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui Program Baiti Jannati menyumbang 15 buah rumah kepada 15 keluarga miskin di negeri ini.

Mustapa yang juga anggota Parlimen Jeli berkata kerjasama antara kerajaan, sektor korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) didapati berkesan dalam membantu rakyat dan ia dapat dilihat seperti dalam pembinaan rumah kekal baharu untuk penduduk yang kehilangan rumah ketika banjir besar di Kelantan pada 2014.

Beliau menyambut baik usaha TNB menyumbangkan rumah kepada golongan miskin dalam usaha mewujudkan masyarakat sejahtera.

Sementara itu, Pengurus Besar TNB Kelantan Datuk Md Yuslan Md Yusof berkata pihaknya menyumbang 20 buah rumah untuk Kelantan pada tahun ini iaitu 15 rumah telah siap manakala lima rumah lagi dijangka siap pembinaannya menjelang Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

Beliau berkata rumah yang dibina dengan kos RM50,000 sebuah itu dilengkapi tiga bilik tidur, ruang tamu, dapur dan bilik air.

Katanya sejak program tersebut diperkenalkan di Kelantan pada 2008, sebanyak 61 buah rumah telah dibaik pulih atau dibina baharu melibatkan kos RM2.77 juta.

Seorang penerima rumah tersebut, Borhan Md Nor, 37, yang lebih 15 tahun tinggal di rumah sewa, bersyukur dapat mendiami rumah sumbangan TNB itu bersama isteri dan tiga orang anak. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rbbA0z

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Saran Sumbang Rumah Kepada Golongan Miskin

Itulah artikel Saran Sumbang Rumah Kepada Golongan Miskin Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Saran Sumbang Rumah Kepada Golongan Miskin dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/saran-sumbang-rumah-kepada-golongan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Saran Sumbang Rumah Kepada Golongan Miskin"

Catat Ulasan

Loading...