Loading...

Rombakan Besar-besaran PDRM Dibuat Secara Dalaman - Ahmad Zahid

Loading...
Rombakan Besar-besaran PDRM Dibuat Secara Dalaman - Ahmad Zahid - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Rombakan Besar-besaran PDRM Dibuat Secara Dalaman - Ahmad Zahid, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Rombakan Besar-besaran PDRM Dibuat Secara Dalaman - Ahmad Zahid
link : Rombakan Besar-besaran PDRM Dibuat Secara Dalaman - Ahmad Zahid

Baca juga


Rombakan Besar-besaran PDRM Dibuat Secara Dalaman - Ahmad Zahid


DENGKIL, 22 Mei (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melaksanakan rombakan besar-besaran secara dalaman namun tidak mengumumkan perinciannya bagi mengelak salah sangka masyarakat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata beliau menyambut baik langkah-langkah yang dilakukan untuk membetulkan organisasi penguatkuasaan itu dari dalam.

"Kita lakukan rombakan ini secara dalaman dan akan dilakukan secara besar-besaran," katanya kepada pemberita selepas program makan tengah hari dan solat Zuhur di Surau Kampung Orang Asli Bukit Dugang, di sini.

Pada 15 Mei lepas, PDRM mengumumkan bakal melakukan rombakan besar-besaran terhadap Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman susulan penangkapan 16 anggota termasuk pegawai kanan jabatan itu yang dipercayai terlibat melindungi sindiket pengedaran dadah baru-baru ini.

Ahmad Zahid berkata beliau menghargai pemantauan dan penguatkuasaan agensi luar terhadap PDRM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) namun publisiti berlebihan akan memberi persepsi amat negatif terhadap badan penguatkuasaan itu.

Beliau juga menyatakan komitmen kementerian dan PDRM untuk melakukan pembaharuan dan mendengar denyut nadi serta sungutan rakyat.

"Kita juga mengikuti dengan dekat komen-komen daripada netizen terhadap langkah-langkah yang diambil oleh PDRM.

"Beri kepercayaan kepada saya dan kepimpinan utama PDRM untuk melakukan sesuatu yang baik demi rakyat dan negara," katanya.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yang turut hadir pada program itu berkata PDRM sedang mempertimbang untuk melaksanakan dasar pertukaran tiga tahun sekali bagi jawatan sensitif dengan lebih tegas.

Beliau berkata langkah itu bagi mengelak seseorang anggota dan pegawai berada di tempat sensitif terlalu lama.

"Kita sedang lihat sistem dalaman mengenai pertukaran selepas jangka masa tertentu. Kadangkala bukan kita tidak mahu tukar, tetapi banyak faktor yang kita mesti lihat, anak sekolah, kos pertukaran dan sebagainya," katanya.

Mengenai penahanan pegawai dan anggota terbabit, beliau berkata PDRM telah dan sedang mengambil tindakan pembetulan untuk memastikan pegawai-pegawai di tempat sensitif dapat menjalankan tugas dan amanah yang diberi kepada mereka.

-- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qNrvjc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Rombakan Besar-besaran PDRM Dibuat Secara Dalaman - Ahmad Zahid

Itulah artikel Rombakan Besar-besaran PDRM Dibuat Secara Dalaman - Ahmad Zahid Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Rombakan Besar-besaran PDRM Dibuat Secara Dalaman - Ahmad Zahid dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/rombakan-besar-besaran-pdrm-dibuat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rombakan Besar-besaran PDRM Dibuat Secara Dalaman - Ahmad Zahid"

Catat Ulasan

Loading...