Loading...
Tajuk : Reman koperal, pemandu van lanjut 6 hari
link : Reman koperal, pemandu van lanjut 6 hari
Reman koperal, pemandu van lanjut 6 hari
PUTRAJAYA: Tempoh reman seorang koperal polis dan pemandu van dilanjutkan enam hari bagi membantu siasatan kegiatan mengutip wang perlindungan daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di Melaka.
Perintah lanjutan reman bermula esok hingga 30 Mei ini dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Rabu lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan anggota polis berusia 52 tahun itu di rumahnya di kuarters Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada jam 2.15 petang.
Dalam serbuan itu, SPRM merampas wang tunai kira-kira RM800,000 dalam stor di rumah anggota polis berkenaan.
Pemandu van yang dipercayai menjadi orang tengah dalam kegiatan itu ditahan SPRM Khamis lalu di Ibu Pejabat SPRM di sini, selepas memberi keterangan kira-kira jam 9 malam.
Difahamkan, akaun bank suspek lelaki berusia 32 tahun itu digunakan untuk memasukkan wang perlindungan yang dibayar pengusaha pusat judi haram dan rumah urut sebelum diagihkan kepada yang lain.
Terdahulu, kedua-dua suspek tiba di Mahkamah Majistret di sini jam 9.15 pagi berbaju lokap SPRM berwarna jingga dan bergari.
Setakat ini, seramai 12 individu ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes itu.-BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qUmu8B
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Reman koperal, pemandu van lanjut 6 hari
Itulah artikel Reman koperal, pemandu van lanjut 6 hari Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Reman koperal, pemandu van lanjut 6 hari dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/reman-koperal-pemandu-van-lanjut-6-hari.html
0 Response to "Reman koperal, pemandu van lanjut 6 hari"
Catat Ulasan