Loading...
Tajuk : Remaja Maut, Di Percayai Terkena Renjatan Power Bank Telefonnya !
link : Remaja Maut, Di Percayai Terkena Renjatan Power Bank Telefonnya !
Remaja Maut, Di Percayai Terkena Renjatan Power Bank Telefonnya !
PETALING JAYA: Seorang remaja lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik telefon bimbit yang sedang dicaj menggunakan ‘power bank’ di bilik tidurnya di Taman Merbok, Bukit Baru, Melaka semalam.
Mangsa, Syamirul Armizie Adenan, 19, ditemui meninggal dunia oleh ibunya Suriah Rahim di atas katil dengan kesan kulit melecet pada bahagian bahu kiri, kira-kira 8.10 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, kejadian hanya disedari oleh ibunya apabila mangsa tidak membuka pintu bilik selepas diketuk berulang kali sebelum dibuka dengan kunci pendua.
“Selepas berjaya dibuka, si mati ditemui dalam keadaan terbaring sambil mengenakan fon telinga yang disambungkan pada telefon bimbitnya dan dalam keadaan bercas pada sebuah power bank.”
Ibu mangsa, seorang jururawat, juga mendapati terdapat kesan melecet di bahagian bahu kiri dan power bank berada berdekatan bahu kiri si mati.
“Dia kemudian cuba menggerakkan remaja itu, namun menyedari anaknya tidak lagi bernyawa,” kata Kamaluddin.
Thus Article Remaja Maut, Di Percayai Terkena Renjatan Power Bank Telefonnya !
Itulah artikel Remaja Maut, Di Percayai Terkena Renjatan Power Bank Telefonnya ! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Remaja Maut, Di Percayai Terkena Renjatan Power Bank Telefonnya ! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/remaja-maut-di-percayai-terkena.html
0 Response to "Remaja Maut, Di Percayai Terkena Renjatan Power Bank Telefonnya !"
Catat Ulasan