Loading...
Tajuk : Rakyat Malaysia Dan Pengganas, Di Mana Puncanya? - Siri 1
link : Rakyat Malaysia Dan Pengganas, Di Mana Puncanya? - Siri 1
Rakyat Malaysia Dan Pengganas, Di Mana Puncanya? - Siri 1
Isu pengganas di seluruh dunia sememangnya cukup memeningkan. Manakan tidak, majoriti pengganas yang bergiat aktif hari ini boleh dikatakan datangnya dari umat Islam yang begitu mudah di hasut dengan pelbagai dakwah palsu yang akhirnya menyebabkan mereka begitu taksub kepada sesuatu perjuangan yang sia-sia.
Di rantau Asia Tenggara hari ini, kebanyakan ketua yang mengetuai pergerakan pengganas di rantau ini datangnya dari rakyat Malaysia. Sebut sahaja apa jua jawatan dan kepakaran mereka, semuanya jelas menghadirkan gerun kepada kebanyakan kerajaan yang di ancam dengan keganasa melampaui sempadan.
Sejak dari awal lagi, rantau ini seringkali di jadikan sasaran kumpulan yang mempunyai fahaman ekstrim di mana kebanyakan rekrut yang dilatih di Asia Tenggara akan ditanamkan dengan dokrin, mewujudkan kerajaan Khalifah baru yang merangkumi Selatan Thailand, Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Filipina.
Fahaman ini mungkin berasaskan kepada kewujudan kerajaan-kerajaan Islam rantau Asia Tenggara yang hebat seperti kerajaan Islam Pattani, Kerajaan Melayu Melaka, Demak, Sulu dan macam-macam lagi. Bertitik tolak dari sinilah, maka oriantasi pengganas ini menzahirkan hasrat untuk mewujudkan sebuah kerajaan Islam berasaskan khalifah di Nusantara.
Satu lagi punca kenapa wujudnya pengganas adalah keyakinan terhadap satu dakyah yang tidak diketahui kebenarannya iaitu kemunculan Imam Mahadi yang kononnya di lahirkan di wilayah Nusantara. Oleh yang demikian, kumpulan ekstrimis ini dikatakan cuba mewujudkan satu pasukan tentera dengan membina sebuah kerajaan yang dikhususkan khas buat Imam Mahadi kelak.
Memang menghairankan, kenapa begitu mudah penduduk di Asia Tenggara terutamanya mereka yang beragama Islam terpengaruh dengan dakyah karut sebegini? Lihat sahaja senarai rakyat Malaysia yang terlibat secara langsung dalam aktiviti keganasan di seluruh dunia. Di Syria sahaja, dipercayai, lebih 50 orang terlibat secara langsung dalam aktiviti pengganas Daesh.
Itu belum lagi dihitung berapa ramai rakyat Malaysia yang telah menjadi korban semasa kebangkitan Al Qaeda dan Taliban di Afghanistan. Bagaimana pula penglibatan rakyat Malaysia di dalam organisasi pengganas di Asia Tenggara? Ada yang sudah menjadi pakar membuat bom, komandan tertinggi, rekrut dan sebagainya.
Inilah yang menjadi ancaman sebenar terhadap negara. Setelah menerima ajaran sesat kononnya untuk berjihad, mereka akan keluar dan menyertai kem-kem pengganas sebelum mereka menyasarkan pula negara sebagai tempat untuk mereka bertapak. Boleh dikatakan, inilah pergerakan pengganas kelahiran Malaysia yang telah menerima ajaran sesat dan songsang.
Tidak pernah walau sekalipun Rasullullah S.A.W meengajar umatnya untuk membuat bom, bom diri sendiri di dalam kelompok ramai, menyembelih musuh, mewujudkan skuad-skuad yang tidak diketahui apa tujuannya dan bermaca-macam lagi. Justeru, dari mana asalnya perjuangan gila ini jika tidak kerana kemahuan dan kehendak diri sendiri setelah merelakan diri dihasut dengan kebencian?
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qqRFeG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Rakyat Malaysia Dan Pengganas, Di Mana Puncanya? - Siri 1
Itulah artikel Rakyat Malaysia Dan Pengganas, Di Mana Puncanya? - Siri 1 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Rakyat Malaysia Dan Pengganas, Di Mana Puncanya? - Siri 1 dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/rakyat-malaysia-dan-pengganas-di-mana.html
0 Response to "Rakyat Malaysia Dan Pengganas, Di Mana Puncanya? - Siri 1"
Catat Ulasan