Loading...
Tajuk : Raikan Bersama Perayaan Kaamatan, Gawai - PM
link : Raikan Bersama Perayaan Kaamatan, Gawai - PM
Raikan Bersama Perayaan Kaamatan, Gawai - PM
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai bagi merai dan menghargai sumbangan setiap etnik di negara ini.
Perdana Menteri melalui ucapan video yang dimuat naik di laman Twitter dan Facebook berkata, sumbangan golongan petani tidak harus dilupakan kerana mereka bekerja keras untuk mengeluarkan hasil yang memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia.
Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai disambut pada 30 dan 31 Mei oleh masyarakat Kadazandusun sebagai meraikan tuaian yang baik dan turut disambut kaum-kaum lain di Sabah.
Hari Gawai pula disambut masyarakat keturunan Dayak daripada suku kaum Iban, Bidayuh dan Kenyah sebagai tanda berakhirnya musim menuai yang disambut pada 1 dan 2 Jun setiap tahun.
"Justeru pada Hari Gawai dan Kaamatan ini saya ingin mengajak kita semua menyambut perayaan ini dan ini menandakan sumbangan setiap kumpulan etnik di dalam negara kita tetap dihargai.
"Selamat menyambut Hari Gawai dan Hari Kaamatan. Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan Gayu Guru Gerai Nyamai," kata Najib dalam video itu berdurasi kira-kira seminit. - BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qxASSk
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Raikan Bersama Perayaan Kaamatan, Gawai - PM
Itulah artikel Raikan Bersama Perayaan Kaamatan, Gawai - PM Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Raikan Bersama Perayaan Kaamatan, Gawai - PM dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/raikan-bersama-perayaan-kaamatan-gawai.html
0 Response to "Raikan Bersama Perayaan Kaamatan, Gawai - PM"
Catat Ulasan