Loading...

Rahsia Sambal Belacan Sedap dan Tahan Lama

Loading...
Rahsia Sambal Belacan Sedap dan Tahan Lama - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Rahsia Sambal Belacan Sedap dan Tahan Lama, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Rahsia Sambal Belacan Sedap dan Tahan Lama
link : Rahsia Sambal Belacan Sedap dan Tahan Lama

Baca juga


Rahsia Sambal Belacan Sedap dan Tahan Lama

Makan ulam tanpa sambal belacan agak tak sempurna rasa nikmat makan. Kalau kat kampung wajib ada sambal belacan. Sambal belacan dicampur dengan belimbing buluh memang sedap kalah sambal belacan moden. Yang tradisional juga yang sentiasa sedap. Memandangkan susah sangat nak dapat belimbing buluh tu, kita buat sambal belacan moden aje lah tapi masih sedap dan tahan lama. Nak tahu rahsianya? Sila baca entri ni sampai habis.

Kalau kau orang peminat sambal belacan nak makan sambal belacan hari-hari jenuh juga nak menumbuk sambal. Haruslah kena sediakan stok sambal belacan, barulah hari-hari boleh menghadap sambal belacan dengan ulam. Dah boleh jimat masak sayur. Dah nama pun sambal belacan moden, cara pembuatan pun moden juga dengan menggunakan blender. Kena lah guna blender untuk kuantiti yang banyak. Kalau larat nak menumbuk guna lesung batu, silakan lah ye.

Rahsia sambal belacan sedap dan tahan lama adalah semua bahan-bahan perlu di goreng terlebih dahulu. Kemudian baru lah kisar halus. Mungkin ini bukan rahsia lagi sebab kebanyakkan mereka yang berniaga sambal mesti terlebih arif bab sambal menyambal ni. Jadi, untuk Fiza yang baru berjinak dengan rahsia ni atau kau orang yang tak tahu boleh gunakan kaedah ini ye.

Bahan-bahan Sambal Belacan

Cili api merah
Belacan (1 atau 2 inci) Tapi biasa Fiza guna 1 pack kecil belacan udang terasi ABC.
Air asam jawa
1/2 sudu besar gula pasir


Cara Buat Sambal Belacan

1. Goreng cili api dan belacan menggunakan 1/2 sudu minyak masak. Goreng sehingga agak garing untuk sambal belacan tahan lama nanti.
2. Angkat dan biarkan sejuk seketika. Lepas tu baru blend bersama dengan air asam dan juga gula pasir. Kalau suka sambal belacan cair sikit, tambahlah air lebih ye.


Simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais. InshaAllah boleh buat stok dan tahan lama dalam 2-3 minggu. Ada juga bahan-bahan lain yang boleh menyedapkan lagi sambal belacan dengan tambah bawang, limau kasturi dan sebagainya. Lain orang, lain resepi dan lain citarasa. Tapi of courselah cari resepi yang sedap.



Thus Article Rahsia Sambal Belacan Sedap dan Tahan Lama

Itulah artikel Rahsia Sambal Belacan Sedap dan Tahan Lama Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Rahsia Sambal Belacan Sedap dan Tahan Lama dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/rahsia-sambal-belacan-sedap-dan-tahan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rahsia Sambal Belacan Sedap dan Tahan Lama"

Catat Ulasan

Loading...