Loading...
Tajuk : Puntung Mungkin Akan Dimatikan
link : Puntung Mungkin Akan Dimatikan
Puntung Mungkin Akan Dimatikan
Salah seekor daripada tiga badak Sumatera terakhir di negara ini bernama Puntung dilaporkan bertarung nyawa akibat kanser kulit dan mungkin terpaksa dimatikan menerusi kaedah euthanasia pada 15 Jun depan.
Euthanasia merujuk kepada rawatan mencabut nyawa secara perlahan-lahan bagi menamatkan penyeksaan kerana penyakit.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata, badak betina itu disahkan menghidap kanser kulit jenis sel skuamus selepas menjalani pembedahan dan dua kali biopsi sejak lebih seminggu lalu.
Katanya, bengkak pada bahagian pipi kiri Puntung juga membawa pengesanan bahawa akar gigi haiwan itu dijangkiti kuman dan semakin serius.
“Kanser itu merebak dengan pantas sejak beberapa minggu lalu. Justeru, golongan pakar dari pelbagai negara berpendapat bahawa ia akan membawa maut sama ada menerusi rawatan ataupun tidak.
“Sehingga ke hari ini, Puntung tidak berupaya bernafas melalui hidung kiri, malah ia kini berada dalam kesakitan dan kesihatannya semakin merosot sehingga terpaksa menggunakan ubat penahan sakit,” katanya dalam kenyataan semalam.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rb4Jlz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Puntung Mungkin Akan Dimatikan
Itulah artikel Puntung Mungkin Akan Dimatikan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Puntung Mungkin Akan Dimatikan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/puntung-mungkin-akan-dimatikan.html
0 Response to "Puntung Mungkin Akan Dimatikan"
Catat Ulasan