Loading...

Produk-produk Apple Yang Gagal Di Pasaran

Loading...
Produk-produk Apple Yang Gagal Di Pasaran - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Produk-produk Apple Yang Gagal Di Pasaran, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Produk-produk Apple Yang Gagal Di Pasaran
link : Produk-produk Apple Yang Gagal Di Pasaran

Baca juga


Produk-produk Apple Yang Gagal Di Pasaran

Mungkin anda tidak tahu, sebelum iPhone dikeluarkan, Apple bergelut untuk menembusi pasaran gajet. Bermula dari komputer Macintosh dan konsol permainan, Apple telah melalui cabaran dan kesukaran menarik perhatian pengguna. Mari kita lihat senarai 11 produk dari Apple yang gagal mencuri hati pengguna. Kami selitkan juga video komersial asal dari Apple untuk tontonan anda.

Ya, Apple pernah membuat percubaan mencipta konsol permainan untuk bersaing dengan Sony Playstation pada tahun 1995. Pada tahun itu, Nintendo dan Sega(Xbox) masih belum berada di pasaran. Dijual dengan harga $600, Apple Pippin sepatutnya dijual pada 300,000 unit pada tahun pertama. Namun mereka hanya menjual dalam lingkungan 12,000 unit dan konsol dari Apple ini ditamatkan pada tahun ke dua.

Apple QuickTake adalah sebuah kamera digital pertama di pasaran. Ianya berharga $750 dan mempunyai keupayaan mengambil gambar dengan cantik iaitu pada resolusi 640×480 ( Resolusi yang tinggi pada ketika itu). Sebenarnya Apple QuickTake bukanlah dibina oleh Apple sendiri. Ianya adalah peranti ‘re-branding’ dari Apple. QuickTake dibina dan direka sepenuhnya oleh Kodak. Walaupun mempunyai keupayaan yang tinggi, Apple masih tidak dapat bersaing dengan syarikat kamera ternama pada ketika itu seperti Kodak, Fuji Film, Canon dan Nikon.

Apple II adalah komputer yang benar-benar menerajui nama Apple. Selepas kejayaan Apple II, syarikat tersebut tampil dengan komputer baru Apple III yang bukan dibina oleh Apple sendiri. Ianya sebuah komputer yang besar dan tidak releven. Banyak luahan dan komen dari pengguna mengatakan komputer ini tidak mempunyai keupayaan Apple II. Malah penjualan Apple II masih tinggi meninggalkan Apple III.

Apple Lisa dilancarkan pada tahun 1983. Ianya diberi nama Lisa bersempena dengan nama anak perempuan Steve Jobs. Ianya dijual pada harga $10,000. Sebuah komputer yang terlalu mahal dan Apple Lisa tidak mendapat sambutan lalu dibekukan serta merta.

Apple Newton adalah sebuah peranti bayang-bayang ‘iPad’.Ianya bukanlah mempunyai fungsi iPad(duhh!), tetapi sebuah tablet pertama dari Apple. Peranti ini mempunyai ciri-ciri PDA hybrid bersama handwriting recognition. Saiz, bateri yang lemah dan susah untuk dibaca membuatkan peranti ini gagal di pasaran. Apple kembali dengan iPad pada tahun 2010 dan kita pun sudah mengetahui cerita selanjutnya.

Macintosh TV adalah kombinasi komputer dan TV. Ianya adalah sambungan komputer dengan skrin TV yang dilekatkan bersama. Namun yang merumitkan adalah tiada sambungan fizikal dari komputer ke skrin TV. Anda hanya mampu menonton TV atau menggunakan komputer. Usaha dari Apple ini adalah kelihatan sangat bernas kerana ianya seakan TV pintar, namun dengan harga $2000 pada ketika itu sangat mahal.

Sebuah produk yang memiliki berat lebih kurang 7kg dan memiliki ketabalan 4 inci, ianya bukanlah boleh dikira sebagai “portable”. Namun, jika dilihat, ianya adalah pioneer dalam penghasilan Macbook yang kini disanjung ramai.

Tetikus dari Apple ini yang seakan-akan sebiji epal. Ianya sangat tidak mesra pengguna. Kebanyakkan pengguna merungut ianya sukar dipegang kerana saiz bulat dan tiada  cengkaman. Dengan saiz yang kecil dan sukar di kawal menjadikannya antara produk Apple yang gagal.

eMate dari Apple ini adalah sebuah kombinasi komputer riba dan PDA. Ianya bukanlah sebuah produk yag terlalu mengecewakan. Oleh kerana pasarannya hanya tertumpu kepada institusi pendidikan, penjualan produk ini sangat rendah dan terhad sehinggakan ianya di buang daripada pasaran setahun selepas ia dikeluarkan.

Produk ini juga dikenali sebagai TAM sempena meraikan ulang tahun Apple ke-20. Ianya bukanlah sebuah mesin yang dikatakan teruk namun dengan harga mencecah $8000, ianya kurang mendapat sambutan. Tetapi mengikut sejarah, pereka asal produk ini adalah Jony Ive iaitu Chief Design Officer di Apple. Jony Ive adalah orang penting Apple dalam mencipta iPod, iPad, iPhone dan Macbooks. Walaupun peranti ini gagal dari segi jualan, ianya dikira sebagai peranti ikonik Apple.

Edisi khas U2 iPod ini dikeluarkan sempena kumpulan rock U2 yang berharga $50 lebih dari model asal. Tiada perbezaan antara model ini dan model asal, cuma ianya memiliki pilihan warna hitam dan tandatangan dari kumpulan U2. Maka peranti ini langsung tidak mendapat sambutan.

Sumber



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rL98vD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Produk-produk Apple Yang Gagal Di Pasaran

Itulah artikel Produk-produk Apple Yang Gagal Di Pasaran Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Produk-produk Apple Yang Gagal Di Pasaran dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/produk-produk-apple-yang-gagal-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Produk-produk Apple Yang Gagal Di Pasaran"

Catat Ulasan

Loading...