Loading...
Tajuk : Pramugara Menari Lagi, Kali Ini Lebih Ummphh!
link : Pramugara Menari Lagi, Kali Ini Lebih Ummphh!
Pramugara Menari Lagi, Kali Ini Lebih Ummphh!
PRAMUGARA syarikat penerbangan AirAsia, Assraf Nasir yang dikenali ramai susulan viralnya video dia menari lagu Toxic, ‘buat hal lagi’ apabila tampil dengan video terbaharu.
Dalam penampilan terbaharu itu, Assraf menari sakan mengikut gerak tari lagu rancak nyanyian Britney Spears bersama-sama enam penari iringan ketika dalam majlis pelancaran Santan Food Festival syarikat penerbangan itu baru-baru ini.
Video tarian mantap dari Assraf itu dikongsikan netizen Catherine Gohhl menerusi laman Instagramnya.
Tarian kali ini lagi ummphhh dan penuh bertenaga dipamerkan Assraf sehinggakan membuatkan hadirin merasa kagum dengan bakat menari yang dimilikinya itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes sebelum ini pernah memuat naik video tarian Assraf di akaun Instagramnya sambil memuji bakat yang ditonjolkan oleh anak buahnya itu.
Video tarian pertama Assraf juga pernah dikongsikan laman web terkenal dunia, 9Gag menerusi laman Facebook dan Instagramnya. – MYNEWSHUB.CC
Thus Article Pramugara Menari Lagi, Kali Ini Lebih Ummphh!
Itulah artikel Pramugara Menari Lagi, Kali Ini Lebih Ummphh! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Pramugara Menari Lagi, Kali Ini Lebih Ummphh! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/pramugara-menari-lagi-kali-ini-lebih.html
0 Response to "Pramugara Menari Lagi, Kali Ini Lebih Ummphh!"
Catat Ulasan