Loading...
Tajuk : Polis Tahan 'Dr Ganja'
link : Polis Tahan 'Dr Ganja'
Polis Tahan 'Dr Ganja'
KUALA LUMPUR: 'Dr Ganja' yang aktif memasarkan makanan berasaskan ganja di laman Facebook, ditahan dalam serbuan di rumahnya di Kampung Delek, Klang, Selangor, 26 Mei lalu.
Dr Ganja, yang juga pesara tentera itu didapati aktif melakukan promosi di laman sosial itu sejak lima bulan lalu dengan mendakwa mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit dengan hanya memakan produknya.
Produk yang dijual dihasilkan sendiri, antaranya kek, minyak, madu, majerin, coklat dan susu, pada harga serendah RM5 hingga RM150 mengikut jenis.
Turut ditahan bersamanya adalah isterinya, warga Indonesia dan seorang pembantu.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Kang Chez Chiang, berkata berdasarkan siasatan, suspek berusia 58 tahun itu dipercayai mempelajari teknik memproses produk berkenaan melalui laman web dengan sasaran pasaran adalah di sekitar Lembah Klang.
Selain menjual produk makanan, suspek turut menawarkan perkhidmatan menghisap ganja di rumahnya.
Katanya, Facebook hanya dijadikan platform untuk mempromosi produk dan pelanggan yang berhasrat mendapatkannya perlu ke rumah suspek bagi urusan pembelian.
"Ketika serbuan antara jam 12.30 tengah hari hingga 8.20 malam itu, kita merampas 18 batang pokok ganja, empat kilogram (kg) tumbuhan dan serbuk dadah disyaki ganja.
"Selain itu, 72 kg benih ganja; empat liter cecair disyaki minyak ganja; 70 keping coklat, 66 botol majerin dan sembilan botol susu disyaki mengandungi ganja.
"Turut dirampas, dua biji kek disyaki mengandungi ganja, 800 gram pes disyaki mengandungi ganja serta pelbagai alat menghisap dan memproses ganja dengan nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah RM16,000," katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.
Chez Chiang berkata, suspek mendakwa mendapatkan bekalan benih ganja itu daripada seseorang di ibu negara.
Justeru, katanya, siasatan akan dilakukan bagi menjejaki sumber terbabit, selain mengesan laman dan aplikasi sosial yang menjalankan aktiviti menjual dadah secara dalam talian.
Semua suspek direman sehingga 2 Jun ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rf0KEV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Polis Tahan 'Dr Ganja'
Itulah artikel Polis Tahan 'Dr Ganja' Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Polis Tahan 'Dr Ganja' dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/polis-tahan-dr-ganja.html
0 Response to "Polis Tahan 'Dr Ganja'"
Catat Ulasan