Tajuk : Polis Johor Aktifkan Anggota MIB Tingkat Kawalan Keselamatan
link : Polis Johor Aktifkan Anggota MIB Tingkat Kawalan Keselamatan
Polis Johor Aktifkan Anggota MIB Tingkat Kawalan Keselamatan
JOHOR BAHRU – Polis Johor mengaktifkan penugasan kawalan melibatkan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) berpakaian ‘Men In Black’ (MIB) bagi meningkatkan pemantauan dan kawalan keselamatan di kawasan tumpuan awam di negeri ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Kamarul Zaman berkata pemantauan dilakukan termasuk di pasar raya, kedai emas, bank, perhentian bas, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan terminal feri.
“MIB di seluruh Johor diaktifkan untuk memberi keyakinan kepada masyarakat mengenai peningkatan kawalan keselamatan selain mencegah aktiviti jenayah dan kumpulan pengganas.
“Ia melibatkan 10 pegawai dan 57 anggota JSJ Muar, Tangkak, Segamat, Kluang, Mersing, Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru Utara, Johor Bahru Selatan, Seri Alam, Iskandar Puteri, Kulai dan Kota Tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, polis Johor akan meneruskan penugasan kawalan keselamatan ini mengikut keperluan dan keadaan bagi menjamin keselamatan negeri ini.
Kamarul Zaman berkata polis turut memeriksa 148 warga tempatan dan 69 warga asing semalam, menerusi penugasan kawalan keselamatan di kawasan tumpuan awam di negeri ini bagi mencegah jenayah dan aktiviti kumpulan Daesh.
Katanya bagaimanapun tiada sebarang penahanan dilakukan. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s91dZ4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Polis Johor Aktifkan Anggota MIB Tingkat Kawalan Keselamatan
Anda sedang baca artikel Polis Johor Aktifkan Anggota MIB Tingkat Kawalan Keselamatan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/polis-johor-aktifkan-anggota-mib.html
0 Response to "Polis Johor Aktifkan Anggota MIB Tingkat Kawalan Keselamatan"
Catat Ulasan