Loading...
Tajuk : PM ingatkan peniaga tidak ambil kesempatan
link : PM ingatkan peniaga tidak ambil kesempatan
PM ingatkan peniaga tidak ambil kesempatan
Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan golongan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan ke atas pengguna sepanjang Ramadan dengan mengaut keuntungan melampau.
Perdana Menteri menegaskan, agensi kerajaan akan memantau harga barangan dan makanan.
“Beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadan. Saya ingin mengingatkan para peniaga untuk tidak mengambil kesempatan ke atas pengguna. Janganlah membuat keuntungan melampau.
“Patuhilah Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan 2017 yang disediakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada setiap masa,” katanya menerusi akaun Twitter, malam ini.
Najib turut menzahirkan rasa bangga dengan perasmian Pusat Global Bagi Memerangi Ideologi Ekstremis di Mu’tamarat Nasiriyah ketika menghadiri Sidang Kemuncak Negara-negara Arab, Islam dan Amerika Syarikat di Riyadh, Arab Saudi, Isnin lalu.
Beliau berkata, pusat tersebut yang dirasmikan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump adalah untuk menangani penyebaran ideologi ekstremis.
“Saya berasa bangga. Pusat ini hasil kerjasama antarabangsa dan Malaysia antara 10 negara yang memainkan peranan dalam penubuhan dan operasinya,” jelas beliau. - UTUSAN ONLINE
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qhVnU2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article PM ingatkan peniaga tidak ambil kesempatan
Itulah artikel PM ingatkan peniaga tidak ambil kesempatan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel PM ingatkan peniaga tidak ambil kesempatan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/pm-ingatkan-peniaga-tidak-ambil.html
0 Response to "PM ingatkan peniaga tidak ambil kesempatan"
Catat Ulasan