Loading...

PKR KINI DI PERSIMPANGAN MAUT: PAKAR

Loading...
PKR KINI DI PERSIMPANGAN MAUT: PAKAR - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PKR KINI DI PERSIMPANGAN MAUT: PAKAR, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PKR KINI DI PERSIMPANGAN MAUT: PAKAR
link : PKR KINI DI PERSIMPANGAN MAUT: PAKAR

Baca juga


PKR KINI DI PERSIMPANGAN MAUT: PAKAR

SHAH ALAM – Konflik PKR dan Pas akan menyebabkan agenda Pakatan Harapan tidak tercapai, itu kata penganalisis politik Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib.

Md Shukri juga tidak menolak, Pas akan bekerja lebih kuat dan tidak akan membiarkan kerusi PKR selamat selepas memutuskan hubungan dengan parti itu.

“Jika Pas bertindak bertanding di kerusi-kerusi PKR, maka kemungkinan besar walaupun Pas tidak akan menang di kawasan terbabit, tetapi mangsa politik yang tragis adalah PKR.

“Ramai calon PKR kemungkinan ‘mati katak’ jika Pas bertindak menguasai semula kerusi yang dipinjam kepada PKR,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Menurut Md Shukri yang juga merupakan Felo Penyelidik Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan), apa yang berlaku antara Pas dengan PKR juga akan menjadikan hubungan antara kedua parti itu tidak akan terjalin seakrab dahulu.

“Konflik yang melanda hingga terbubarnya tahaluf Pakatan Rakyat dahulunya boleh diandaikan berkisar soal hubungan pemimpin dan tokoh DAP dengan pihak Pas.

“Jika masing-masing parti termasuk DAP mampu memahami apa keperluan Pas, maka hubungan politik tidak akan sampai ke tahap kritikal sebegini.

“Kejayaan PKR sebagai ejen penyatu Pas dan DAP jelas, malangnya kini PKR akan terhakis peranannya dan mungkin akan mengalami tsunami defisit sokongan akibat ketiadaan Pas bersama mereka,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, PKR kelihatan akan terus menjadi musuh kepada Pas kerana persahabatan akrab dengan DAP termasuk dengan Amanah yang merupakan seteru Pas.

“Jadi kini PKR dalam persimpangan maut.

“PKR mungkin hanya akan mengharapkan kemenangan di kawasan pengundi cina melebihi 60 peratus. Apa yang boleh PKR buat adalah dengan meminta DAP meminjamkan kerusi mereka bagi memastikan survival parti berkenaan,” katanya lagi.

– SH

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rq90nK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article PKR KINI DI PERSIMPANGAN MAUT: PAKAR

Itulah artikel PKR KINI DI PERSIMPANGAN MAUT: PAKAR Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PKR KINI DI PERSIMPANGAN MAUT: PAKAR dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/pkr-kini-di-persimpangan-maut-pakar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PKR KINI DI PERSIMPANGAN MAUT: PAKAR"

Catat Ulasan

Loading...