Loading...

PKR Kelantan kumpul surat letak jawatan undur dari kerajaan PAS

Loading...
PKR Kelantan kumpul surat letak jawatan undur dari kerajaan PAS - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PKR Kelantan kumpul surat letak jawatan undur dari kerajaan PAS, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PKR Kelantan kumpul surat letak jawatan undur dari kerajaan PAS
link : PKR Kelantan kumpul surat letak jawatan undur dari kerajaan PAS

Baca juga


PKR Kelantan kumpul surat letak jawatan undur dari kerajaan PAS

 
Ada kemungkinan pendirian Azmin mengekalkan exco PAS di Selangor akan mempunyai kesan terhadap ahli PKR dalam pentadbiran Kelantan.


Ab-Aziz-Ab-Kadir_pkr_pas_600


PETALING JAYA: Ahli PKR dalam pentadbiran Kelantan pimpinan PAS kini sedang giat bersiap sedia untuk menyerahkan peletakan jawatan mereka.

Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir berkata ahli PKR yang dilantik kerajaan Kelantan juga tidak menghadiri majlis angkat sumpah bagi mematuhi arahan PKR pusat supaya berundur daripada pentadbiran.

“Setakat ini PKR negeri sedang mengumpul semua surat peletakan jawatan ahli yang dilantik untuk diserahkan secara rasmi,” katanya kepada FMT.

Pada 17 Mei lalu, PKR mengarahkan semua ahli partinya yang dilantik dalam dalam pentadbiran kerajaan Kelantan meletak jawatan serta merta.

Ia susulan keputusan PAS membatalkan kerjasama politik dengan PKR.

Keputusan itu bagaimanapun tidak menjejaskan jawatan negeri yang disandang pemimpin PAS di Selangor di bawah Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Biro Politik PKR malam tadi bersetuju dengan keputusan Azmin untuk mengekalkan status 13 Adun PAS termasuk 3 exco dalam pentadbiran Selanhor.

Ab Aziz berkata susulan keputusan mengekalkan exco PAS, pihaknya tidak menolak kemungkinan pendirian sama dibuat melibatkan ahli PKR dalam pentadbiran Kelantan.

Bagaimanapun, beliau berkata PKR Kelantan belum menerima arahan baharu daripada parti supaya ahlinya kekal dalam pentadbiran Kelantan.

“Jadi keputusan terbaharu (untuk kekal di Kelantan) kita belum terima apa-apa arahan daripada pusat lagi, kalau kita terima arahan berbeza kita akan buat keputusan lain, selagi tidak ada keputusan baharu kita guna yang dahulu.”



Thus Article PKR Kelantan kumpul surat letak jawatan undur dari kerajaan PAS

Itulah artikel PKR Kelantan kumpul surat letak jawatan undur dari kerajaan PAS Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PKR Kelantan kumpul surat letak jawatan undur dari kerajaan PAS dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/pkr-kelantan-kumpul-surat-letak-jawatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PKR Kelantan kumpul surat letak jawatan undur dari kerajaan PAS"

Catat Ulasan

Loading...