Loading...

PKR diingatkan contohi P Pinang kekalkan YDP dari PAS:Dr Afif Bahardin

Loading...
PKR diingatkan contohi P Pinang kekalkan YDP dari PAS:Dr Afif Bahardin - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PKR diingatkan contohi P Pinang kekalkan YDP dari PAS:Dr Afif Bahardin, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PKR diingatkan contohi P Pinang kekalkan YDP dari PAS:Dr Afif Bahardin
link : PKR diingatkan contohi P Pinang kekalkan YDP dari PAS:Dr Afif Bahardin

Baca juga


PKR diingatkan contohi P Pinang kekalkan YDP dari PAS:Dr Afif Bahardin

 FMT| May 21, 2017
Exco Afif Bahardin berkata kerajaan Pulau Pinang menjemput Adun PAS Salleh Man ke mesyuarat pra-majlis MMKN.
afif-pkr
SHAH ALAM: Perwakilan PKR diingatkan supaya mencontohi kerajaan Pulau Pinang yang menjemput seorang Adun PAS ke mesyuarat pra-majlis Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) selagi beliau terus menyokong dasar kerajaan negeri.

Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin berkata demikian ketika membahaskan ucapan presiden di Kongres Nasional PKR ke-12 hari ini.
“(Mengenai) Tahaluf siyasi…saya nak cerita sikit kami di Pulau Pinang putus lebih awal dari Selangor. Di Pulau Pinang, kita ada seorang Adun dari PAS. Sehingga hari ini, bahkan minggu lepas, kita jemput beliau ke mesyuarat kerajaan negeri Adun Pakatan Harapan…kerana dia masih menyokong usaha dan dasar Pulau Pinang,” katanya.

Salleh Man merupakan Adun tunggal PAS yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri, sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Beliau bukan salah seorang exco kerajaan Pulau Pinang. Portfolio hal ehwal Islam dipegang Abdul Malik Abul Kassim dari PKR.

Afif, yang juga seorang exco kerajaan Pulau Pinang, berkata demikian ketika terdapat desakan terhadap Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya menggugurkan exco PAS dalam pentadbirannya, selepas terbatalnya kerjasama antara PKR dan PAS 11 Mei lalu.

Selangor mempunyai 3 exco PAS – Datuk Iskandar Samad, Datuk Ahmad Yunus Hairy dan Zaidy Abdul Talib – selain ramai ahli majlis di peringkat pihak berkuasa tempatan. Kerajaan ini terbentuk selepas Pakatan Rakyat, yang terdiiri daripada PKR, PAS dan DAP memenangi majoriti kerusi DUN di Selangor pada pilihan raya 2013.

Sebelum ini, beberapa pemimpin PAS dilaporkan meletak jawatan atau dipecat selepas muktamar PAS ke-61 pada 2015 meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP.

Sementara itu, Azmin dalam ucapan penggulungannya tidak mahu menjawab peringatan Afif itu.
“Walaupun ada wakil Pulau Pinang mewakili AMK cuba menyinggung Selangor tadi, saya ingat saya takkan jawab,” kata Azmin.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qJG8Gj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article PKR diingatkan contohi P Pinang kekalkan YDP dari PAS:Dr Afif Bahardin

Itulah artikel PKR diingatkan contohi P Pinang kekalkan YDP dari PAS:Dr Afif Bahardin Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PKR diingatkan contohi P Pinang kekalkan YDP dari PAS:Dr Afif Bahardin dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/pkr-diingatkan-contohi-p-pinang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PKR diingatkan contohi P Pinang kekalkan YDP dari PAS:Dr Afif Bahardin"

Catat Ulasan

Loading...