Loading...
Tajuk : Piala MU: Malaysia, Thailand buat perhitungan
link : Piala MU: Malaysia, Thailand buat perhitungan
Piala MU: Malaysia, Thailand buat perhitungan
ARKIB : 28/05/2005
Daripada BAZLI ABDUL RAHMAN
PATTAYA - Malaysia akan membuat perhitungan dengan Thailand hari ini untuk menentukan pasukan mana yang akan mewakili Asia Tenggara ke pusingan akhir Piala Perdana Manchester United 2005 di Hong Kong, Julai ini.
Pada perlawanan pusingan awal yang diadakan secara liga di Stadium Sirinthorn semalam, Malaysia menang, kalah dan seri sekali berbanding Thailand yang menang kesemua perlawanan.
Bagaimanapun kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi hari ini selaku juara dan naib juara kumpulan.
Skuad negara sekadar menduduki naib juara di belakang Thailand, selepas mengutip empat mata daripada tiga perlawanan berbanding Thailand meraih sembilan mata penuh.
Mengikut sistem pertandingan bola sepak bawah 15 tahun itu, cuma juara daripada empat pasukan peringkat Asia Tenggara sahaja yang layak bertanding ke pusingan akhir.
Selain Malaysia dan Thailand, dua negara yang bertanding ialah Filipina dan Singapura.
Dalam perlawanan pertama menentang Filipina, Malaysia mencatat keputusan seri 1-1.
Gol Malaysia dalam perlawanan itu dicipta Mohammad Zaihisyam Md. Saad (minit 3) manakala Filipina menyamakan kedudukan menerusi Michael Sharpe (minit 23).
Dalam perlawanan kedua, Malaysia tumpas 3-0 kepada Thailand. Malaysia kemudiannya mengutip tiga mata penuh untuk muncul naib juara selepas menewaskan Singapura 2-0.
Gol Malaysia dicipta oleh Muhammad Ikhram Ibrahim (minit 9) dan Mohammad Tarmizi Yusoff (minit 27).
Thailand meraih sembilan mata selepas menang 2-0 ke atas Singapura, kemudian menundukkan Malaysia 3-0 sebelum membenam Filipina 8-0. - Utusan
SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2qwUEOX
© Utusan Melayu (M) Bhd
Thus Article Piala MU: Malaysia, Thailand buat perhitungan
Itulah artikel Piala MU: Malaysia, Thailand buat perhitungan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Piala MU: Malaysia, Thailand buat perhitungan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/piala-mu-malaysia-thailand-buat.html
0 Response to "Piala MU: Malaysia, Thailand buat perhitungan"
Catat Ulasan