Tajuk : Peserta Shanghai Dinobatkan Miss Chinese World 2017
link : Peserta Shanghai Dinobatkan Miss Chinese World 2017
Peserta Shanghai Dinobatkan Miss Chinese World 2017
PETALING JAYA – Yin Zhuo Qun dari Shanghai, China dinobatkan sebagai Miss Chinese World 2017, di sini malam tadi setelah mengalahkan 31 peserta dari 10 negara lain.
Perancang media itu menerima hadiah berupa biasiswa bernilai RM100,000, trofi dan beberapa hadiah istimewa lain daripada presiden dan pemilik Miss Chinese World Tan Sri Danny Ooi.
Tempat kedua dimenangi model sambilan, Chang Yu Chin, 20, dari Taiwan dan tempat ketiga menjadi milik pelakon Dai Tian, 25, dari Qingdao, China.
Wang Ruo Han, 22, dari Qinhuangdao, China, pula dipilih sebagai pemenang bagi kategori Miss Friendship, manakala Fransiska Indrayani, 25, dari Surabaya, Indonesia, meraih temat pertama bagi Pakaian Kebangsaan Terbaik 2017.
Peserta Malaysia, Chong Jia Ying, 22 , dari Pulau Pinang, memenangi gelaran Oriental 2017.
Antara yang menjadi hakim peringkat akhir pertandingan itu ialah selebriti tempatan, Tony Eusoff, penyanyi Winnie K, pereka pakaian Jason Yek dan perunding imej, Michael Poh.
Sementara itu, Ooi berkata beliau gembira kerana Miss Chinese World Pageant kini diadakan semula selepas lima tahun.
Kata beliau, pertandingan kali ini adalah yang ketiga sejak 2005 dan pihaknya akan menjadikannya acara tahunan.
“Masa berlalu, generasi baharu kita semakin terdedah kepada kemodenan dan kadang-kadang ia membuatkan mereka lupa kepada akar budaya, tradisi dan nilai masyarakat Cina,” katanya kepada pemberita selepas pertandingan itu.
Beliau berkata melalui the Miss Chinese World 2017, budaya dan tradisi masyarakat Cina dapat terus dipelihara kerana kebanyakan aktivitinya ditujukan ke arah itu. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s06QZG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Peserta Shanghai Dinobatkan Miss Chinese World 2017
Anda sedang baca artikel Peserta Shanghai Dinobatkan Miss Chinese World 2017 dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/peserta-shanghai-dinobatkan-miss.html
0 Response to "Peserta Shanghai Dinobatkan Miss Chinese World 2017"
Catat Ulasan