Loading...
Tajuk : Pesan Dengan Jiran Jika Tinggalkan Rumah
link : Pesan Dengan Jiran Jika Tinggalkan Rumah
Pesan Dengan Jiran Jika Tinggalkan Rumah
SERIAN: Polis Sarawak melancarkan Op Selamat sempena perayaaan Hari Gawai 2017 bermula hari ini dengan menekankan keselamatan dan kepentingan harta benda awam dan rumah yang ditinggalkan ketika musim perayaan.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor berkata, op selamat yang dilancarkan pada hari ini akan dilaksanakan selama 10 hari sehingga 4 Jun dengan menerapkan konsep serampang dua mata iaitu untuk mencegah jenayah pecah rumah serta meminimumkan kemalangan jalanraya ketika perayaan.
"Untuk tujuan itu hampir separuh kekuatan warga pasukan dan semua jabatan PDRM akan digerakkan bagi tujuan rondaan pencegahan jenayah, risikan operasi, pemantauan secara berjadual di kawasan kediaman dan premis perniagaan sepanjang tempoh perayaan ini," katanya.
Jelas Mazlan, pada masa yang sama masyarakat perlu prihatin terhadap langkah-langkah keselamatan sebelum meninggalkan rumah masing-masing termasuk meninggalkan pesanan kepada jiran tetangga.
Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sarawak, Senior Asisten Komisioner, Shafie Ismail sempena Majlis Pelancaran Op Selamat Gawai Dayak 2017 di Kilometer 60, Jalan Kuching-Serian dekat sini pagi tadi.
Mengulas lanjut, Mazlan juga menggesa supaya masyarakat perlu memberi makluman kepada pihak polis melalui borang maklumat balik kampung yang boleh diperolehi di balai-balai polis yang berdekatan dan juga boleh dimuat turun melalui portal rasmi PDRM atau melalui sistem SMS Rakan Cop.-Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r46Ycz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Pesan Dengan Jiran Jika Tinggalkan Rumah
Itulah artikel Pesan Dengan Jiran Jika Tinggalkan Rumah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Pesan Dengan Jiran Jika Tinggalkan Rumah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/pesan-dengan-jiran-jika-tinggalkan-rumah.html
0 Response to "Pesan Dengan Jiran Jika Tinggalkan Rumah"
Catat Ulasan