Loading...

Persiapan Untuk Mati

Loading...
Persiapan Untuk Mati - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Persiapan Untuk Mati, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Persiapan Untuk Mati
link : Persiapan Untuk Mati

Baca juga


Persiapan Untuk Mati

Persiapan Untuk Mati

Suatu petang saya ziarahi ayah saya yang sudah berusia 75 tahun. Ayah saya kelihatan uzur sangat setelah beberapa hari kesihatannya terganggu disebabkan penyakit gout, cirit birit dan beberapa penyakit lain. Masa tu ayah saya sedang duduk-duduk di katil ruang tamu. Saya hampiri dan duduk disisi beliau sambil bertanyakan khabar. Dalam perbualan kami, saya ambil peluang peluk ayah saya sambil nyatakan saya sayang pada dia dan risaukan dia sebab dia kelihatan uzur sangat. Saya kerap kali juga suka berterus terang dengan ayah saya dalam nada bergurau. Contohnya setiap kali ada kematian kawan-kawan dia, saya peringatkan, lepas orang lain, orang lain,,lama-lama kita lah pula..
Ayah saya ok saja sambil respon positif tanda mengakui hakikat itu.
Jadi petang itu, saya ambil kesempatan untuk mengajak ayah saya muhasabah tentang persiapan kematian. Saya cuba senaraikan mana yang terlintas dibenak fikiran apa yang patut diperhatikan sebagai persiapan menghadapi kematian..
1. Dosa kita dengan Allah.

Nombor satu, dosa kita dengan Allah. Dosa dengan Allah, lebih mudah settle dengan rahmatNya. Allah Maha Pengampun dan Penyayang. Oleh itu apa yang perlu ialah kita perbanyakkan istighfar dan mohon ampun kepadaNya. Allah boleh ampunkan segala dosa walaupun andai kita datang dengan dosa sepenuh bumi, kecuali dosa mensyirikkan Allah. Saya nasihatkan ayah saya lazimi beristisghfar dan berzikir dan saya hadiahkan counter sebagai alat bantu untuk kita target bilangan zikir kita. Hari-hari kemudian alhamdulillah ..walaupun ayah tidak gunakan counter saya, dia lebih senang gunakan biji tasbih panjang yang digantung di tepi katil, progress tu ada.

2. Dosa kita dengan manusia.
Yang ni susah sikit. Dosa dengan manusia kena cari manusia. Saya minta ayah saya muhasabah tentang dosa-dosa dengan manusia yang perlukan kita minta maaf terus kepada tuan punya diri. Dia ada menyebut tentang seorang jiran kami dulu yang selalu mengelak daripadanya, malah setiap kali dia nak bersalam, selalu dielak. Dia pun tak tahu apa masalahnya, cuma mungkin sebab kes lama mengenai sempadan tanah. Namun saya nasihatkan dia supaya memaafkan semua orang dan maafkan apa sahaja.

3. Dosa orang lain terhadap kita.

Kita perlu maafkan semua orang terutama yang dekat dengan kita, isteri, anak-anak kita dan semua orang. Dia ada bersungut beberapa hal tentang keluarga yang sayuku mendengar..tapi saya minta dia maafkan semua jika dia sayangkan mereka.

4. Perkara yang berkaitan dengan hukum syariat.

Ayah saya seorang ahli UMNO veteranhe he dan saya sendiri didaftarkanya sebagai ahli UMNO sedari azali..lahir-lahir dah di isi borang..hu hu. Dari pergaulan saya dengan orang UMNO ni, satu perkara yang merisaukan saya ialah berkaitan dengan penolakan terhadap hukum syariat seperti hukum hudud.
Saya pernah terpaksa hadir satu mesyuarat wanita UMNO yang diadakan di rumah saya(masa ayah saya muda lagi). Dalam mesyuarat itu, ahli mesyuarat menyatakan sesuatu yang nenggambarkan mereka tidak setuju dengan syariat Allah. Saya keluar dari mesyuarat, mencari ayah saya yang berada di tingkat bawah dan saya adukan hal itu padanya. Ayah saya memberikan jawapan yang dia turut sama tidak setuju dengan pendapat mereka. Dari situ saya boleh baca tidak semua ahli UMNO yang menolak beberapa perkara syariat dan saya boleh buat kesimpulan bahawa ayah saya seorang yang berfikiran terbuka dan boleh dibawa berbincang. Saya sangat bersyukur tentang hal ini.

Jadi ketika saya peringatkan balik ayah saya tentang hal ini, bahawa apa sahaja yang datang dari Allah adalah terbaik dan kita harus yakin dan terima, ayah saya mengiyakan tanpa bangkangan(yo lo sangatla..he he) .

5. Termasuk dalam perkara syariat yang perlu kita patuhi ialah untuk tidak terlibat dengan riba. Saya tanyakan ayah saya tentang simpanan bank dia, pastikan yang islamic. Walaupun sekadar simpanan, ia dikira subahat dengan sistem riba. Ayah saya menghitung beberapa bank simpanannya. Saya cuma nasihatkannya untuk menutup yang tidak islamic.
6. Saya nasihatkan ayah saya untuk selalu berzikir dan tidak buang masa dengan tv. Ayah saya kata tv tak minat mana kecuali tengok bola kadang-kadang. Hmm..takpelah..kalau ikutkan sayabola pun tak payah. ..membazir usia nak-nak usia emas..
Itulah sekadar yang saya bersembang dengan ayah saya. Dan saya sangat bersyukur kerana Allah beri kekuatan untuk saya bermuhasabah tentang isu-isu penting dan serius begini di saat-saat yang getir sebegini. Sebenarnya ada lagi yang saya nak bangkitkan tentang tanggungjawab kita sebagai muslim, tapi dalam keadaan ayah yang uzur sebegini, rasanya itu yang termampu.
Ya saya akur, sepatutnya saya bincang perkara ini dari dulu lagi, ya benar. Tapi saya tak ada kekuatan untuk itu, ayah saya bukan jenis peramah pun, diam je orangnya menyebabkan kita kurang bersembang, nak-nak topik yang serius begini. Jadi sayapun tak tahu dimana kekuatan ini saya dapat di saat begini, mungkin disebabkan tersangat risaukan keadaan agama ayah saya yang dah penghujung usia.

Saya berharap sangat Allah akan ampunkan saya dan ayah saya yang sekarang dah hampir 2 bulan berada di alam barzakh. Ya Allah ampunilah dan rahmatilah ayah saya.Semoga ayah sedang berada di taman syurga sekarang. Sebagai anak, apa yang mampu saya buat sekarang ialah saya berazam untuk jadikan doa untuknya Ya Allah ampunilah dan rahmatilah dia sebagai antara zikir harian. Tahlil yang bukan sekadar 7 hari,40 dan 100 hari tapi tahlil harian. Saya cukup mengharapkan kuota yang Allah peruntukkan buat seorang ayah, doa anak yang soleh akan sentiasa mengalir buat nya semalam, hari ini dan selagi nafas masih terhela. Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat diambil iktibar oleh kita semua supaya berusaha untuk berdakwah kepada ibubapa kita seeloknya sedari ibu ayah kita masih muda lagi agar langkah pembaikan boleh dimulakan lebih awal lagi.

Pemburu Jariah

pemburu jariah

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rqCyBj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Persiapan Untuk Mati

Itulah artikel Persiapan Untuk Mati Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Persiapan Untuk Mati dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/persiapan-untuk-mati.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Persiapan Untuk Mati"

Catat Ulasan

Loading...