Tajuk : Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (30 Mei)
link : Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (30 Mei)
Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (30 Mei)
Hari ini juga merupakan sambutan Hari Ketibaan Orang India di Trinidad dan Tobago.
Peristiwa
1431 - Perang Seratus Tahun: Jeanne d'Arc dibakar hidup-hidup di Rouen, Perancis.
1434 - Angkatan tentera Taborite yang diketuai Prokop Agung ditewaskan sepenuhnya dalam Pertempuran Lipany, menamatkan Peperangan Huss di Bohemia.
1536 - Henry VIII dari England berkahwin dengan Jane Seymour, dang perwara kepada kedua-dua permaisurinya yang pertama.
1911 - Perlumbaan kereta roda terbuka Indianapolis 500 pertama diadakan di Indianapolis Motor Speedway, Speedway, Indiana, A.S.
1967 - Jeneral C. Odumegwu Ojukwu mengumumkan penubuhan Biafra, sebuah negeri pemisah di bahagian tenggara Nigeria, mencetuskan Perang Saudara Nigeria seminggu kemudian.
1989 - Dewi Demokrasi, sebuah patung 10-meter yang diperbuat daripada busa polistirena dan papier-mâché, dinaikkan oleh pembantah pelajar di Dataran Tiananmen, Beijing.
2007 - Mahkamah Persekutuan Malaysia menolak rayuan Lina Joy untuk membuang perkataan "Islam" daripada kad pengenalannya.
2010 - Ribut Agatha menyebabkan banjir meluas di Amerika Tengah, mengorbankan lebih 180 orang.
2011 - Salah satu wabak terbesar E. coli pernah direkodkan melanda Jerman dan beberapa negara Eropah lain.
2012 - IUPAC menerima nama flerovium dan livermorium bagi dua unsur sintetik yang baru ditemui.
Kelahiran
1971 - Idina Menzel, pelakon dan penyanyi Amerika Syarikat.
1980 - Steven Gerrard, pemain bola sepak Liverpool F.C.
1983 - Scha Al-Yahya, pelakon wanita Malaysia.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (29 Mei)
sumber: wikipedia
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ryUx9E
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (30 Mei)
Anda sedang baca artikel Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (30 Mei) dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/peristiwa-penting-hari-ini-dalam_29.html
0 Response to "Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (30 Mei)"
Catat Ulasan