Loading...
Tajuk : Pengkritik Yang Tidak Pernah Memiliki Kereta Proton Dibidas, Terima Hakikat Untuk Perubahan – Johari
link : Pengkritik Yang Tidak Pernah Memiliki Kereta Proton Dibidas, Terima Hakikat Untuk Perubahan – Johari
Pengkritik Yang Tidak Pernah Memiliki Kereta Proton Dibidas, Terima Hakikat Untuk Perubahan – Johari
“Pengkritik yang sering memberikan pelbagai pendapat negatif mengenai Proton, bukanlah daripada pemilik kereta jenama itu sendiri. Ramai pihak mengadu sayangkan Proton, tetapi mereka sendiri tidak pernah membeli kereta Proton. Kalau sayang Proton, mereka perlu beli, “ujar Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani.
Kenyataan ini timbul ekoran banyak pihak yang mengkritik pembelian 49.9% kepentingan dalam Proton oleh Geely Holding Group Co. Ltd (Geely) yang dikatakan akan mengikis jenama kereta nasional, laporan Utusan Malaysia.
Katanya lagi, penjualan itu merupakan satu strategi yang tidak boleh dijadikan sebagai satu nilai sentimental kerana rakyat perlu menerima hakikat bahawa jika tiada perubahan, ia akan mengancam masa depan jenama Proton. “Jadi sebelum orang ramai beli, kita kena pastikan kenderaan itu berkualiti dan bernilai,” katanya.
Mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Mahathir berhubung isu itu, Johari berkata, Proton kini sedang ‘sakit’ dan memerlukan suntikan ubat bagi meneruskan kelangsungan atau berdepan dengan situasi yang lebih teruk pada masa depan.
“Anak ini kalau sakit, kita kena beri ubat. Dalam dunia perniagaan, jika sesebuah syarikat itu tenat, kita kena susun semula model perniagaan sebaik mungkin,” jelas beliau.
Sambungnya lagi, “Perkara ini tidak boleh terlalu sentimental. Kita kena juga fikirkan apa akan jadi dengan nasib dan masa depan 10,000 kakitangan Proton termasuk pembekal dan vendor jika pengeluar kereta itu tidak lagi berdaya saing, atau kena tutup.
“Kita kena terima hakikat, dunia telah berubah. Kita tidak boleh jual kenderaan dengan teknologi 20 atau 30 tahun dahulu. Saya nak tekankan bahawa dalam isu perniagaan seperti ini, ia tidak dikaitkan langsung dengan politik.” - Paultan
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rN0LSS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Pengkritik Yang Tidak Pernah Memiliki Kereta Proton Dibidas, Terima Hakikat Untuk Perubahan – Johari
Itulah artikel Pengkritik Yang Tidak Pernah Memiliki Kereta Proton Dibidas, Terima Hakikat Untuk Perubahan – Johari Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Pengkritik Yang Tidak Pernah Memiliki Kereta Proton Dibidas, Terima Hakikat Untuk Perubahan – Johari dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/pengkritik-yang-tidak-pernah-memiliki.html
0 Response to "Pengkritik Yang Tidak Pernah Memiliki Kereta Proton Dibidas, Terima Hakikat Untuk Perubahan – Johari"
Catat Ulasan