Tajuk : Pemandu langgar 8 remaja basikal sampai mati rayu derma orang ramai biaya kos guamannya
link : Pemandu langgar 8 remaja basikal sampai mati rayu derma orang ramai biaya kos guamannya
Pemandu langgar 8 remaja basikal sampai mati rayu derma orang ramai biaya kos guamannya
Sam Ke Ting, jurujual yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam di Johor Bahru yang mengorbankan 8 penunggang basikal “Mat Lajak” pada Februari, meminta bantuan orang ramai untuk membiayai yuran guamannya.
Dalam status Facebooknya, gadis berusia 22 tahun itu meminta bantuan orang ramai untuk mengumpul wang bagi kesnya, lapor The Star hari ini.
Katanya dia memerlukan kira-kira RM60,000 untuk membiayai yuran guaman dan satu-satunya pilihan terakhir yang ada adalah merayu kepada orang ramai untuk mendapatkan bantuan.
“Semua simpanan keluarga saya habis untuk membantu saya membiayai kos ini,” katanya di Facebook hari ini.
Sam merayu sumbangan orang ramai dan memberikan 2 nombor akaun bank.
Pada 18 Februari, Sam didakwa merempuh sekumpulan 30 hingga 40 penunggang basikal, yang meragut 8 nyawa dan mencederakan 8 yang lain.
Penunggang basikal berusia 13 hingga 17 tahun itu dipercayai menghalang beberapa jalan raya di kawasan itu.
Kejadian itu berlaku pada 3.00 pagi di Jalan Lingkaran Dalam.
Sam mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memandu secara berbahaya dan melulu.
Dia didakwa di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dibebaskan dengan ikat jamin.
Sumber: Free Malaysia Today
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r6puyV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Pemandu langgar 8 remaja basikal sampai mati rayu derma orang ramai biaya kos guamannya
Anda sedang baca artikel Pemandu langgar 8 remaja basikal sampai mati rayu derma orang ramai biaya kos guamannya dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/pemandu-langgar-8-remaja-basikal-sampai_12.html
0 Response to "Pemandu langgar 8 remaja basikal sampai mati rayu derma orang ramai biaya kos guamannya"
Catat Ulasan