Loading...

Pegawai, anggota TLDM yang hilang selamat

Loading...
Pegawai, anggota TLDM yang hilang selamat - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pegawai, anggota TLDM yang hilang selamat, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pegawai, anggota TLDM yang hilang selamat
link : Pegawai, anggota TLDM yang hilang selamat

Baca juga


Pegawai, anggota TLDM yang hilang selamat

ANTARAPOS.COM

Post Pic

KUANTAN: Pegawai dan anggota Laskar Kanan bot boarding Team KD Perdana Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) disahkan selamat.

Demikian disahkan oleh Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin, sebentar tadi.

Bot Boarding Team KD Perdana yang terputus hubungan sejak Sabtu lalu itu ditemui kira-kira 90 batu nautika dari perairan timur Kuantan, lewat petang tadi.

Ahmad Kamarulzaman melalui akaun twitter rasminya @mykamarul sebentar tadi yang mengesahkan penemuan bot itu oleh pesawat Beechcraft Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hasil maklumat awal daripada kapal dagang yang kebetulan berada di kawasan itu. "#SAR bot KD Perdana.

Ekoran laporan dari kapal dagang, pesawat Beechcraft #TUDM telah ditugaskan dan melaporkan bot dijumpai selamat" Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan keadaan semua pegawai dan anggota yang dipercayai berada di atas bot itu ketika dilaporkan terputus hubungan.

Pegawai dan lapan Laskar Kanan (LK) Boarding Team dari kapal KD Perdana ialah Leftenan Mohd Hidir Yusof; LK KOM Mohd Zaidi Rahim; LK PAP Mohamad Rabidzi Rodzian; LK PAP Mohd Nurul Shahiran Salwi; LK KOM Mohd Akmalnizam Amdan; LK KOM Suhaimi Shamsudin; LK I TMK Faisal Iskandar Alias; LK I TMK Mohd Fitri Ab Melek dan LK I TMK Zulhusni Sherhutdin yang semuanya bertugas serta berpangkalan di Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1) dekat Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, dekat sini.

KD Perdana disahkan terputus hubungan dengan bot Boarding Team yang dinaiki sembilan anggota berkenaan di Perairan Sedili, jam 1.30 tengah hari kelmarin.

Sehubungan itu, Op CARILAMAT ditubuhkan malam sama dengan menggerakkan 13 aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), termasuk dua pesawat bagi melakukan pencarian di kawasan laut.

KD Perdana berada di Perairan Sedili bagi melaksanakan rutin rondaan maritim di perairan negara dan sebelum kejadian, KD Perdana dan bot berkenaan mengusir beberapa bot nelayan asing yang berada di perairan terbabit.

Selepas usaha mencari oleh KD Perdana tidak berhasil, TLDM mengaktifkan usaha CARILAMAT di sekitar Perairan Sedili bermula jam 7.30 malam bagi memperluaskan pencarian menggunakan aset ATM, APMM dan Persatuan Nelayan Sedili.

Mengikut kenyataan media TLDM itu, bot berkenaan kali terakhir dilihat pada jarak 29 batu nautika di Timur Tanjung Sedili Besar sebelum terputus hubungan dan keadaan cuaca di sekitar kawasan kejadian adalah baik.

Difahamkan satu sidang media mengenai perkembangan kes itu akan diadakan pagi esok di MAWILLA 1 oleh Ahmad Kamaruzzaman.



Thus Article Pegawai, anggota TLDM yang hilang selamat

Itulah artikel Pegawai, anggota TLDM yang hilang selamat Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pegawai, anggota TLDM yang hilang selamat dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/pegawai-anggota-tldm-yang-hilang-selamat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pegawai, anggota TLDM yang hilang selamat"

Catat Ulasan

Loading...