Loading...

Para Suami Tiada Alasan Untuk Bersenang Lenang Tanpa Pekerjaan Kerana Kerja Sara Keluarga Ibadah Mulia Balasannya Syurga Di Sana…

Loading...
Para Suami Tiada Alasan Untuk Bersenang Lenang Tanpa Pekerjaan Kerana Kerja Sara Keluarga Ibadah Mulia Balasannya Syurga Di Sana… - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Para Suami Tiada Alasan Untuk Bersenang Lenang Tanpa Pekerjaan Kerana Kerja Sara Keluarga Ibadah Mulia Balasannya Syurga Di Sana…, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Para Suami Tiada Alasan Untuk Bersenang Lenang Tanpa Pekerjaan Kerana Kerja Sara Keluarga Ibadah Mulia Balasannya Syurga Di Sana…
link : Para Suami Tiada Alasan Untuk Bersenang Lenang Tanpa Pekerjaan Kerana Kerja Sara Keluarga Ibadah Mulia Balasannya Syurga Di Sana…

Baca juga


Para Suami Tiada Alasan Untuk Bersenang Lenang Tanpa Pekerjaan Kerana Kerja Sara Keluarga Ibadah Mulia Balasannya Syurga Di Sana…

Manusia dijadikan Allah SWT untuk beribadah kepada-Nya seperti dijelaskan melalui firman yang bermaksud:

 “Tidaklah aku menciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepadaku.” (Surah adz-Dzariyat, ayat 56)

Ayat ini mengingatkan manusia memastikan setiap perbuatan yang dilakukan mestilah berteraskan kepada niat ibadah kerana Allah SWT.

Barangkali manusia tidak sedar, setiap perbuatan yang dilakukan walaupun kecil jika dilakukan kerana menjaga syariat Allah SWT akan mendapat pahala dan keberkatan daripada-Nya.

Manusia di bumi ini umpama musafir yang sedang berjalan mencari kurniaan dan rezeki Allah SWT.

Menerusi rancangan Islam itu Indah di IKIMfm, Ustaz Abdul Rahman Harman Shah Raniri, berkata bekerja adalah ibadah yang mempunyai banyak kelebihan jika dilaksanakan secara sempurna dan bersungguh-sungguh.

Metodologi atau khaifiat yang dilakukan dengan baik, teratur dan mengikut syariah Allah SWT pastinya akan mendapat pulangan pahala untuk akhirat, serta hasil yang baik di dunia ini.

Sebenarnya apa sahaja yang dilakukan oleh seorang Mukmin mesti disematkan dalam diri bahawa sepanjang waktu dalam hidup kita adalah ibadah.

Justeru setiap perbuatan seseorang Mukmin ada ganjaran pahala yang terselit di sebaliknya. Peniaga Muslim yang jujur dan amanah dalam perniagaannya akan ditempatkan bersama Nabi serta syuhada pada Hari Akhirat nanti.

Oleh itu, peniaga hendaklah menyiapkan dan mengamalkan amalan jujur serta amanah kerana itu yang akan membawa mereka ke syurga Allah SWT.

Sama ada guru, doktor atau apa juga profesion, roh bekerja dengan niat untuk beribadah kerana Allah SWT akan mendapat ganjaran pahala yang besar.

Allah SWT mengurniakan kebaikan dan kerahmatan kepada Mukmin yang melaksanakan tugasan waima kerja harian sekalipun.

Kemuliaan Mukmin bekerja

Allah SWT memuliakan Mukmin yang menjalankan kerja dengan penuh ketaatan, jujur, amanah, rajin dan bersungguh-sungguh.

Dalam sebuah riwayat diceritakan seorang lelaki bekerja sebagai penjual kayu api. Hasil daripada jualan kayu api itulah digunakan untuk menampung keluarga malah hasil daripada pendapatannya itu disedekahkan pula kepada orang lain. Lelaki itu dikurniakan kebaikan di sisi Allah SWT.

Walaupun pekerjaannya sekadar menjadi pengikat kayu api, ia lebih baik daripada mereka yang tidak bekerja. Allah SWT tidak menyukai mereka yang tidak bekerja.

Orang yang bekerja menterjemahkan ketaatan terhadap perintah Allah SWT sebagai khalifah di muka bumi ini. Melakukan pekerjaan adalah untuk menzahirkan hukum hakam Allah SWT.

Rezeki yang halal menjadi pokok pangkal dalam mencari rezeki. Justeru, dalam menegakkan amal makruf nahi mungkar, seorang pekerja perlu meninggalkan perkara yang membawa kepada kemungkaran yang boleh menjerumuskan manusia ke arah perbuatan tidak baik.

Cegah kemungkaran

Tanggungjawab setiap Mukmin mencegah perbuatan buruk seperti rasuah, penipuan, pecah amanah merebak dan menjadi barah dalam masyarakat.

Nabi Muhammad SAW pernah ditanya oleh sahabat: “Wahai Rasulullah, bolehkah berlakunya seseorang Mukmin itu kedekut? Lalu Baginda berkata: “Boleh jadi.” Lalu sahabat bertanya lagi: “Bolehkah berlakunya seseorang Mukmin itu penakut?”

Baginda menjawab: “Boleh jadi.” Sahabat bertanya lagi: “Bolehkah berlakunya seseorang Mukmin itu penipu?” Baginda menjawab: “Tidak akan boleh jadi seseorang Mukmin itu menipu kerana seseorang Mukmin tidak akan menipu dalam melaksanakan tugas atau peranannya sebagai manusia dalam kehidupannya.”

Seorang Mukmin harus beramal dengan amalan soleh kerana sekecil-kecil perbuatan ada ganjaran pahala di sisi Allah SWT.

Carilah rezeki yang halal yang akan meletakkan seseorang Mukmin dalam kalangan orang yang soleh di sisi-Nya.

Tidak ada apa yang paling dikehendaki seseorang Mukmin di muka bumi ini selain mendapat kemuliaan dan menjadi penghuni syurga pada akhirat kelak.

Sumber : BH Online

Sumber : GengViral



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qqcEyd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Para Suami Tiada Alasan Untuk Bersenang Lenang Tanpa Pekerjaan Kerana Kerja Sara Keluarga Ibadah Mulia Balasannya Syurga Di Sana…

Itulah artikel Para Suami Tiada Alasan Untuk Bersenang Lenang Tanpa Pekerjaan Kerana Kerja Sara Keluarga Ibadah Mulia Balasannya Syurga Di Sana… Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Para Suami Tiada Alasan Untuk Bersenang Lenang Tanpa Pekerjaan Kerana Kerja Sara Keluarga Ibadah Mulia Balasannya Syurga Di Sana… dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/para-suami-tiada-alasan-untuk-bersenang_18.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Para Suami Tiada Alasan Untuk Bersenang Lenang Tanpa Pekerjaan Kerana Kerja Sara Keluarga Ibadah Mulia Balasannya Syurga Di Sana…"

Catat Ulasan

Loading...