Loading...

Pakatan Durjana 2 Madu Berakhir Ke Mahkamah

Loading...
Pakatan Durjana 2 Madu Berakhir Ke Mahkamah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pakatan Durjana 2 Madu Berakhir Ke Mahkamah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pakatan Durjana 2 Madu Berakhir Ke Mahkamah
link : Pakatan Durjana 2 Madu Berakhir Ke Mahkamah

Baca juga


Pakatan Durjana 2 Madu Berakhir Ke Mahkamah


BATU PAHAT – DUA wanita bermadu yang berusia 25 dan 35 tahun bukan sahaja berkongsi suami, malah sanggup berkomplot untuk mencuri barang kemas seorang suri rumah bernilai RM25,000, bulan lalu.

Lapor Berita Harian, kedua-dua wanita terbabit menyamar sebagai ‘jururawat palsu’ sebelum menyamun mangsa di Kampung Parit Selamat, Yong Peng, Johor Bahru, kira kira jam 1 tengah hari, pada 7 April lalu.

Norhaslinda Resat, 36, dari Tangkak dan madunya, Nur Hidayatul Nadhrah Misman, 25, dari Kluang, dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan mencuri satu rantai emas, tiga gelang emas dan tiga cincin emas bernilai RM25,000 milik suri rumah, Zabaidah Aspan.

Bagaimanapun, kedua-dua madu berkenaan yang sebelum ini bekerja sebagai penjual penapis air tidak mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, di mahkamah sama, rakan subahat dua madu terbabit, Mohd Tarmizi Jamil, 30, yang berasal dari Felda Keratong, Muadzam Shah, Pahang, turut didakwa menerima harta curi dalam bentuk wang tunai berjumlah RM1,400 yang diketahui adalah hasil curi.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di lokasi dan waktu sama, selain didakwa mengikut Seksyen 411 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah dan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim menetapkan jaminan RM6,000 setiap seorang bagi dua madu berkenaan manakala tertuduh lelaki diperintah membayar jaminan sebanyak RM5,000.

Mahkamah menetapkan sebutan kes itu pada 31 Mei ini dan pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nur Fariha Najwa Wan Azaham. - MYNEWSHUB.CC


Thus Article Pakatan Durjana 2 Madu Berakhir Ke Mahkamah

Itulah artikel Pakatan Durjana 2 Madu Berakhir Ke Mahkamah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pakatan Durjana 2 Madu Berakhir Ke Mahkamah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/pakatan-durjana-2-madu-berakhir-ke.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pakatan Durjana 2 Madu Berakhir Ke Mahkamah"

Catat Ulasan

Loading...