Loading...

Nasib "Exco PAS" Di Tentu Selepas Perbincangan Dengan Wan Azizah !

Loading...
Nasib "Exco PAS" Di Tentu Selepas Perbincangan Dengan Wan Azizah ! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Nasib "Exco PAS" Di Tentu Selepas Perbincangan Dengan Wan Azizah !, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Nasib "Exco PAS" Di Tentu Selepas Perbincangan Dengan Wan Azizah !
link : Nasib "Exco PAS" Di Tentu Selepas Perbincangan Dengan Wan Azizah !

Baca juga


Nasib "Exco PAS" Di Tentu Selepas Perbincangan Dengan Wan Azizah !

PETALING JAYA: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, nasib 3 exco PAS di Selangor akan ditentukan selepas beliau berbincang dengan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menteri besar Selangor itu mengulangi kenyataannya sebelum ini, tiada krisis di negeri itu dan nasib 3 exco PAS itu bukan isu memandangkan mereka mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum lalu.
“Ia bukan isu, kita mendapat mandat daripada rakyat dan mandat itu akan kita kembalikan. Tidak ada krisis di Selangor, kita mahu fokus kepada pilihan raya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kongres Nasional Wanita dan Pemuda PKR ke-12 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.
Pada 11 Mei lalu, Majlis Syura Ulama PAS sebulat suara memutuskan hubungan dengan PKR, atas alasan pelanggaran syarat oleh PKR serta bantahannya terhadap agenda Islam yang dibawakan PAS.
Susulan itu, 3 exco PAS berdepan desakan pelbagai pihak untuk melepaskan jawatan mereka dalam Kerajaan Negeri Selangor yang turut disertai PKR dan DAP.
Bagaimanapun, Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib akan kekal berkhidmat dalam kerajaan negeri sehingga Dewan Undangan Negeri dibubarkan seperti dinyatakan Azmin.
Selasa lalu, Dr Wan Azizah berkata, kedudukan PAS dalam kerajaan Selangor akan diputuskan bersama Azmin sekembalinya dari lawatan rasmi ke luar negara.
Bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat dilaporkan berkata, masih ada ruang untuk membincangkan kedudukan PAS dalam kerajaan Selangor, walaupun parti Islam itu sudah menamatkan hubungan kerjasama dengan PKR.
“Saya harap kita masih boleh membincangkannya. Kita perlu tunggu Azmin pulang,” kata Anwar.
Mengulas lanjut, Azmin yang baru pulang dari Brussels, Belgium berkata, beliau sudah menerima mesej ketua umum PKR itu dan akan memberi perhatian serius terhadap perkara itu.
“Bagi pihak Keadilan, sudah menjadi ketetapan kita untuk terus berbincang dan sesudah saya sampai ke KLIA, saya dapat mesej Anwar yang mahu saya terus membuka pintu kepada PAS,” kata timbalan presiden PKR itu. #sumber


Thus Article Nasib "Exco PAS" Di Tentu Selepas Perbincangan Dengan Wan Azizah !

Itulah artikel Nasib "Exco PAS" Di Tentu Selepas Perbincangan Dengan Wan Azizah ! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Nasib "Exco PAS" Di Tentu Selepas Perbincangan Dengan Wan Azizah ! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/nasib-exco-pas-di-tentu-selepas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Nasib "Exco PAS" Di Tentu Selepas Perbincangan Dengan Wan Azizah !"

Catat Ulasan

Loading...