Loading...

Nama Sama Tetapi Orangnya Lain, Florence Goh Beritahu Rafizi Ramli !

Loading...
Nama Sama Tetapi Orangnya Lain, Florence Goh Beritahu Rafizi Ramli ! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Nama Sama Tetapi Orangnya Lain, Florence Goh Beritahu Rafizi Ramli !, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Nama Sama Tetapi Orangnya Lain, Florence Goh Beritahu Rafizi Ramli !
link : Nama Sama Tetapi Orangnya Lain, Florence Goh Beritahu Rafizi Ramli !

Baca juga


Nama Sama Tetapi Orangnya Lain, Florence Goh Beritahu Rafizi Ramli !

PUTRAJAYA: Wanita yang dikaitkan Rafizi Ramli dengan Godfrey Group Ltd, syarikat yang dikatakan membayar RM1.07 juta kepada seorang pelobi Washington, berkata ia merupakan kesilapan identiti di pihak naib presiden PKR itu.
“Saya bukan individu itu dan saya tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik. Saya hanya seorang ahli perniagaan,” kata Florence Goh yang memperkenalkan dirinya sebagai pemilik CRT Insights Technologies Sdn Bhd.
Goh, yang ditemani Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata tuduhan Rafizi mengancam keluarga dan perniagaannya.
“Saya berharap pihak berkuasa akan membantu saya kerana saya tidak bersalah,” katanya.
Wee berkata Rafizi dalam kenyataannya menggunakan nama Cina wanita itu, Goh Siew Boey, syarikat miliknya bersama butiran pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Bagaimanapun, menurut dokumen SSM yang ditunjukkan Rafizi, alamat syarikat CRT Insights didaftarkan Jalan Molek 2/1.
“Rafizi perlu periksa fakwa sebelum membuat tuduhan melulu,” kata Wee.
Wee menunjukkan dokumen SSM yang menunjukkan nama Florence Goh tetapi dengan nama Cina lain.
“Sebagai ahli Parlimen, beliau boleh mendedahkan apa-apa sahaja, tetapi janganlah mangsakan mereka yang tidak berdosa,” kata Wee.
Goh hari ini menuntut permohonan maaf daripada Rafizi yang juga wakil rakyat Pandan.
Menurutnya, selepas Rafizi mengaitkannya dengan Godfrey, beliau dihubungi rakan niaganya dari luar negara bertanyakan sama ada dakwaan itu benar.
“Saya sepatutnya menyambut ulang tahun ke-10 syarikat saya apabila masalah ini timbul,” katanya yang turut tidak menolak memfailkan saman.
Laporan dari Amerika Syarikat memetik borang yang difailkan seorang pelobi pentadbiran Donald Trump, Healy Baumgardner-Nardone, yang mengisytiharkan menerima AS$250,000 (RM1.07 juta) daripada Godfrey, beralamat di Johor Bahru dan juga Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Pengisytiharan itu wajib di bawah Akta Pendaftaran Ejen Asing di mana sesiapa yang terlibat melobi penjawat awam AS perlu mendedahkan butiran kepada Jabatan Kehakiman AS (DoJ).
Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Putrajaya yang berkata ia tidak pernah memberi kontrak kepada mana-mana syarikat untuk melakukan aktiviti pelobian di Washington.
Rafizi pada Sabtu berkata seorang wanita bernama Florence Goh merupakan pengarah Godfrey, dan mempunyai pertalian dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Ahmad dan Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad. #sumber


Thus Article Nama Sama Tetapi Orangnya Lain, Florence Goh Beritahu Rafizi Ramli !

Itulah artikel Nama Sama Tetapi Orangnya Lain, Florence Goh Beritahu Rafizi Ramli ! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Nama Sama Tetapi Orangnya Lain, Florence Goh Beritahu Rafizi Ramli ! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/nama-sama-tetapi-orangnya-lain-florence.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Nama Sama Tetapi Orangnya Lain, Florence Goh Beritahu Rafizi Ramli !"

Catat Ulasan

Loading...