Loading...

Nama panjang, JPN terpaksa bagi 2 kad pengenalan kerana tak cukup tempat tulis nama

Loading...
Nama panjang, JPN terpaksa bagi 2 kad pengenalan kerana tak cukup tempat tulis nama - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Nama panjang, JPN terpaksa bagi 2 kad pengenalan kerana tak cukup tempat tulis nama, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Nama panjang, JPN terpaksa bagi 2 kad pengenalan kerana tak cukup tempat tulis nama
link : Nama panjang, JPN terpaksa bagi 2 kad pengenalan kerana tak cukup tempat tulis nama

Baca juga


Nama panjang, JPN terpaksa bagi 2 kad pengenalan kerana tak cukup tempat tulis nama

“Memang betul saya ada dua pengenalan diri. Tapi semua gara-gara kad pengenalan ketika itu mempunyai tempat nama yang terhad dan nama saya pula agak panjang. Jadi kad pengenalan saya hanya ada nama tanpa nama bapa.”

‘Ada dua kad sebab nama panjang’

Begitulah kisah Sharifah Nur’Insyirah Saifuddin Shah, pelajar perubatan yang kini sedang melanjutkan pengajiannya di Kursk State Medical University (KSMU), Rusia.

Menurut Nur’Insyirah, 25, untuk pengenalan nama penuh iaitu termasuk nama bapanya, dia terpaksa menunjukkan kad pengesahan nama.

“Saya selalu berdepan masalah kalau ada urusan rasmi termasuklah dengan Jabatan Imigresen. Bukan saja di Rusia, malah di Malaysia pun.

“Mereka tak percaya kerana yang tertera di atas kad pengenalan hanyalah nama saya manakala nama ayah tak ada, dan saya perlu tunjukkan kad pengenalan tambahan (kad pengesahan nama) kalau untuk nama penuh iaitu berserta binti,” katanya yang ditemui ketika pulang bercuti, baru-baru ini.

Nur’Insyirah berkata, dia sudah lali dengan situasi yang disebabkan oleh namanya. Apatah lagi, dia belum berkesempatan memperbaharui kad pengenalan lama kepada MyKad kerana sedang belajar di luar negara.

“Pengalaman pertama saya ialah ketika menduduki peperiksaan semasa di sekolah rendah lagi. Saya perlu isi dua borang kerana ruang nama yang disediakan tak cukup.

“Begitulah seterusnya, apabila saya melakukan urusan rasmi yang memerlukan saya mengisi borang yang berbeza dengan orang lain. Malah adakalanya saya perlukan masa yang agak lama untuk selesaikan setiap urusan.

“Paling saya tak boleh lupa ialah ketika urusan melanjutkan pengajian saya ke luar negara beberapa tahun lalu, di mana saya ditahan berjam-jam di Jabatan Imigresen untuk memastikan kebenaran yang saya mempunyai dua pengenalan diri,” katanya.

Begitu pun, kata anak tunggal ini, dia tidak terbeban kerana diberikan nama itu, malah berasa agak istimewa apabila mempunyai kelainan dari segi dokumen pengenalan diri yang dimilikinya.

Katanya, selain mengalami kesukaran dan sering dikatakan mempunyai dokumen palsu, kawan dan kenalan juga menganggap dia ‘main-main’.

Namun apabila ditunjukkan dua pengenalan dimilikinya, barulah mereka percaya, dan kemudian akan mengajukan pelbagai soalan mengenainya.

“Ibu saya kata nama itu cukup indah. Sebab itulah ia diberikan untuk saya. Tiada sebab lain ibu dan abah berikan nama ini.

“Mungkin juga saya ini anak tunggal mereka, sebab itulah mereka mahukan yang terbaik, begitu juga untuk nama saya,” katanya yang mesra dipanggil dengan nama Syira.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Nama panjang, JPN terpaksa bagi 2 kad pengenalan kerana tak cukup tempat tulis nama

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rNDRYV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Nama panjang, JPN terpaksa bagi 2 kad pengenalan kerana tak cukup tempat tulis nama

Itulah artikel Nama panjang, JPN terpaksa bagi 2 kad pengenalan kerana tak cukup tempat tulis nama Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Nama panjang, JPN terpaksa bagi 2 kad pengenalan kerana tak cukup tempat tulis nama dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/nama-panjang-jpn-terpaksa-bagi-2-kad.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Nama panjang, JPN terpaksa bagi 2 kad pengenalan kerana tak cukup tempat tulis nama"

Catat Ulasan

Loading...