Tajuk : Muhammad Irfan, Atlet Muda Dalam Kelas Tersendiri
link : Muhammad Irfan, Atlet Muda Dalam Kelas Tersendiri
Muhammad Irfan, Atlet Muda Dalam Kelas Tersendiri
KUALA LUMPUR – Pada usia 22 tahun, atlet muda Muhammad Irfan Shamsuddin berada dalam kelas tersendiri apabila beliau memperbaharui rekod kebangsaan sebanyak 13 kali dalam acara lempar cakera sejak Jun 2013.
Kali pertama beliau memadam rekod kebangsaan 49.33 meter (m) milik Ngu Kit Ming dari Sarawak dengan catatan 49.81m pada Kejohanan Olahraga Tertutup Junior dan Senior Kebangsaan 2013 yang berlangsung di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN).
Dalam tahun yang sama pemuda berasal dari Negeri Sembilan ini, memperbaharui rekodnya sendiri dua kali dengan jarak sejauh 49.90m di Kejohanan Olahraga Terbuka Brunei dan 53.16m pada Sukan SEA Myanmar.
Secara keseluruhan, Muhammad Irfan memperbaharui rekod kebangsaan hampir setiap tahun dan paling membanggakan adalah hatrik yang dilakukannya baru-baru ini iaitu 59.29m, 61.56m dan 62.55m dalam tempoh seminggu sahaja di beberapa kejohanan olahraga di Eropah.
“Saya akan cuba lagi, saya yakin boleh melakukan catatan lebih baik, apa yang buat saya konsisten adalah dalam setiap kejohanan, saya hanya fokus supaya tidak melakukan kesilapan mudah yang boleh menjejaskan teknik lemparan ketika beraksi.
“Ini adalah rekod ke-13 daripada saya. Saya tidak meletakkan sebarang sasaran dan hanya mahu mengekalkan prestasi yang konsisten. Saya tidak mahu memberikan tekanan pada diri sendiri,” katanya kepada Bernama.
Atlet bertubuh sasa dan mempunyai ketinggian 187.96m itu sebelum ini aktif dalam sukan ragbi dan mula berjinak-jinak dalam acara lempar cakera pada tahun 2011.
Tidak mahu cepat mendabik dada, Muhammad Irfan berkata masih banyak perkara yang perlu beliau pelajari terutamanya teknik lemparan agar cita-citanya beraksi dalam Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik akan tercapai.
Pencapaian konsistennya itu meletakkan Muhammad Irfan seorang daripada atlet prospek pingat emas pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur yang berlangsung pada 19-30 Ogos ini.
Beliau perlu melepasi catatan 65m untuk melayakkan diri beraksi di Kejohanan Dunia di London sebelum 23 Julai ini.
Berikut adalah 13 rekod kebangsaan yang dilakukan oleh Muhammad Irfan daripada tahun 2013-2017:
Catatan 49.81m di Kejohanan Olahraga Tertutup Junior dan Senior Kebangsaan 2013
Catatan 49.90m di Kejohanan Olahraga Terbuka Brunei 2013
Catatan 53.16m Sukan SEA Myanmar, 2013
Catatan 54.26m Sukan Malaysia (SUKMA) Perlis 2014
Catatan 58.04m Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2015
Catatan 58.21m Kejohanan Bawah-23, Jerman 2016
Catatan 58.33m Kejohanan Bawah-23, Jerman 2016
Catatan 58.47m Kejohanan Olahraga Liese Prokop Memorial Open, St Polten Austria 2016
Catatan 58.48m Kejohanan Olahraga Liese Prokop Memorial Open, St Polten Austria 2016
Catatan 59.29m Kejohanan Kelab Solvak di Samorin, Slovakia 2016
Catatan 61.10m Kejohanan Halleche Werfertage di Jerman 2017
Catatan 61.56m Kejohanan Ludvik Danek Memorial 2017
Catatan 62.55m Kejohanan Olahraga Austrian Top Meeting 2017 – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sc4GVZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Muhammad Irfan, Atlet Muda Dalam Kelas Tersendiri
Anda sedang baca artikel Muhammad Irfan, Atlet Muda Dalam Kelas Tersendiri dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/muhammad-irfan-atlet-muda-dalam-kelas.html
0 Response to "Muhammad Irfan, Atlet Muda Dalam Kelas Tersendiri"
Catat Ulasan