Tajuk : MUFTI WILAYAH MINTA MAAF?
link : MUFTI WILAYAH MINTA MAAF?
MUFTI WILAYAH MINTA MAAF?
PETALING JAYA – Mufti Wilayah Persekutuan memohon maaf kepada agensi penguatkuasa kerana membonceng motosikal tanpa memakai topi keledar.
Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi kenyataan di Facebooknya menjelaskan, insiden itu berlaku kerana beliau terlibat dalam program cerapan anak bulan Ramadan di Menara Kuala Lumpur pada Jumaat petang.
“Mungkin ada yang ternampak kami membonceng motosikal tanpa memakai helmet sebentar tadi.
“Memandangkan jalan raya agak sesak dan tidak mahu menyusahkan penganjur dan kelancaran majlis dek terperangkap dalam jalan raya, keputusan diambil untuk membonceng motosikal ini,” katanya yang mengenakan serban di kepalanya.
Zulkifli turut memuat naik gambar dari arah belakang yang menunjukkan beliau membonceng motosikal, dipercayai dirakamkan oleh orang awam.
Sehubungan itu, Mufti Wilayah Persekutuan itu memohon maaf kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di atas tindakan tidak memakai topi keledar.
“Diharapkan tidak timbul salah faham di atas tindakan yang telah dilakukan,” kata Zulkifli.
– Mstar
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qXx00A
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article MUFTI WILAYAH MINTA MAAF?
Anda sedang baca artikel MUFTI WILAYAH MINTA MAAF? dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/mufti-wilayah-minta-maaf.html
0 Response to "MUFTI WILAYAH MINTA MAAF?"
Catat Ulasan