Loading...

Mohd Ramadan nama kamu

Loading...
Mohd Ramadan nama kamu - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mohd Ramadan nama kamu, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mohd Ramadan nama kamu
link : Mohd Ramadan nama kamu

Baca juga


Mohd Ramadan nama kamu

BAYI lelaki yang ditemui dibuang dalam tong sampah bertutup di depan sebuah rumah di Taman Temerloh Jaya, Temeroh, pagi semalam, akan diberi nama Mohd Ramadan sempena keberkatan bulan puasa.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Mutimedia Negeri Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata bayi 2.4 kilogram yang ditemui pada hari kedua umat Islam berpuasa itu, kini stabil dan masih dirawat di wad penjagaan intensif untuk bayi (NICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), di sini.

"Bayi berkenaan berada dalam keadaan baik walaupun ada sedikit luka sepanjang tiga sentimeter di atas kepala sebelah kanan dan telah pun menerima dua jahitan.

“Buat sementara bayi lelaki ini akan ditempatkan di HOSHAH untuk pemerhatian selama seminggu.

"Ia akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk ditempatkan di rumah perlindungan kanak-kanak dan kerajaan negeri akan membantu kebajikan bayi malang ini dalam tempoh jagaan berkenaan," katanya selepas melawat bayi berkenaan di NICU HOSHAS, diiringi Pengarah JKM Pahang Zulkhairi Zainal Abidin.

Menurutnya, JKM menerima banyak permohonan untuk menjadikan bayi berkenaan sebagai anak angkat, namun mengambil masa kerana perlu melalui beberapa prosedur tertentu selain hanya boleh dilakukan jika tiada tuntutan hak penjagaan daripada keluarga bayi berkenaan.

Dalam kejadian 6.20 pagi semalam, seorang bayi lelaki ditemui dalam tong sampah di sebuah rumah di Taman Temerloh Jaya dalam keadaan masih bertali pusat dan dibalut dengan kertas surat khabar, oleh seorang penduduk yang baharu pulang daripada mengerjakan solat Subuh di masjid berhampiran sebelum membawanya ke HOSHAS.

Sementara itu Zulkhairi menasihati wanita yang melahirkan anak luar nikah supaya tidak membuang bayi sebaliknya menyerahkan di pusat JKM untuk membolehkan kebajikannya dijaga.

"Jangan takut sebab kami tidak akan mengambil tindakan, malah identiti mereka juga dirahsiakan. JKM juga bersedia menjaga wanita yang hamil luar nikah sehingga mereka melahirkan anak sekiranya tiada tempat untuk dituju," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s6KUfy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Mohd Ramadan nama kamu

Itulah artikel Mohd Ramadan nama kamu Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mohd Ramadan nama kamu dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/mohd-ramadan-nama-kamu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mohd Ramadan nama kamu"

Catat Ulasan

Loading...