Loading...

Mohamad Bakar ganti Ibrahim

Loading...
Mohamad Bakar ganti Ibrahim - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mohamad Bakar ganti Ibrahim, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mohamad Bakar ganti Ibrahim
link : Mohamad Bakar ganti Ibrahim

Baca juga


Mohamad Bakar ganti Ibrahim



ARKIB : 19/03/2005

Oleh AMRAN MULUP


KUALA LUMPUR - Penasihat Teknikal Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Mohamad Bakar bakal dilantik sebagai pengurus bola sepak kebangsaan yang baru, menggantikan Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad yang meletak jawatan Februari lalu.

Tiada kesangsian Mohamad yang juga bekas pemain bola sepak kebangsaan pada awal 70-an diberi peluang untuk menjadi pengurus pasukan seperti mana bekas pemain Datuk Soh Chin Aun pernah dilantik untuk jawatan tersebut.

Mohamad yang pernah terlibat dengan panel pemilihan skuad kebangsaan sewaktu di bawah bekas jurulatih kebangsaan Claude Le Roy akan diberi tugas untuk mengemudi pasukan kebangsaan menghadapi Sukan Perpaduan Islam di Arab Saudi bulan depan.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada pelantikan Mohamad adalah untuk satu tugasan membawa skuad bola sepak kebangsaan ke Arab Saudi ataupun sebaliknya.

Pelantikan Mohamad sekali gus menamatkan spekulasi siapa bakal dilantik sebagai pengurus pasukan selepas Ibrahim meletak jawatan Februari lalu.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka membuat pengumuman mengenai pelantikan Mohamad dalam masa terdekat ini.

Ibrahim yang juga Naib Presiden FAM, Februari lalu membuat keputusan meletak jawatan sebagai pengurus pasukan.

Keputusan yang diambil oleh Ibrahim disebabkan beban tugas yang digalas beliau setelah dilantik sebagai Pengerusi Panel Penasihat Sukan oleh Kementerian Belia dan Sukan, Julai tahun lalu.

Sukan Utusan diberitahu, keputusan mengejut yang dibuat oleh FAM untuk melantik pengurus pasukan adalah atas arahan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah.

Kemelut timbul setelah MSN melahirkan rasa gelisah apabila FAM tidak menghantar senarai pemain untuk ke Arab Saudi pada tarikh yang ditetapkan iaitu pada 6 Mac lalu.

Buat MSN, ketiadaan pengurus pasukan menjejaskan sebarang urusan yang hendak dibuat seperti soal penginapan, visa, senarai akhir 22 pemain dan pegawai.

sumberArtikel Penuh: http://ift.tt/2rtbQJp
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Mohamad Bakar ganti Ibrahim

Itulah artikel Mohamad Bakar ganti Ibrahim Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mohamad Bakar ganti Ibrahim dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/mohamad-bakar-ganti-ibrahim.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mohamad Bakar ganti Ibrahim"

Catat Ulasan

Loading...