Loading...

Militan: Kawalan di setiap pintu masuk negara dipertingkatkan - TPM Zahid

Loading...
Militan: Kawalan di setiap pintu masuk negara dipertingkatkan - TPM Zahid - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Militan: Kawalan di setiap pintu masuk negara dipertingkatkan - TPM Zahid, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Militan: Kawalan di setiap pintu masuk negara dipertingkatkan - TPM Zahid
link : Militan: Kawalan di setiap pintu masuk negara dipertingkatkan - TPM Zahid

Baca juga


Militan: Kawalan di setiap pintu masuk negara dipertingkatkan - TPM Zahid

KUALA NERUS: Kawalan keselamatan di semua pintu masuk di seluruh negara termasuk laluan tikus akan dipertingkatkan bagi memastikan anggota pengganas yang kini diburu pihak berkuasa di negara jiran tidak menyusup masuk ke negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan itu susulan berlakunya beberapa siri serangan keganasan melibatkan anggota militan di Marawi, Mindanao, Filipina, Jakarta dan Bangkok baru-baru ini.

"Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau perkara ini dengan dekat kerana memang ada kemungkinan mereka yang terlepas lari dari Marawi atau dari Jakarta dan Bangkok akan ke Malaysia kerana kini sedang diburu pihak berkuasa di negara terlibat.

"Kita akan pastikan pintu-pintu masuk akan mempunyai siap-siaga yang tinggi termasuk lorong-lorong tikus serta kawalan sempadan Semenanjung Malaysia ditingkatkan dengan bantuan Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Mariti Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan ESSCOMM untuk kawalan di Timur Sabah," katanya.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri dalam Negeri, berkata demikian kepada pemberita selepas Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Timbalan Perdana Menteri bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) peringkat Terengganu di Masjid Tok Jembal, di sini, pada Ahad.

Hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beberapa insiden keganasana melibatkan anggota militan termasuk rakyat Malaysia berlaku di beberapa negara Asia Tenggara termasuk di Maraw di Mindanao.

Serangan oleh tentera Filipina itu dikatakan bermula selepas Dr Mahmud Ahmad, yang juga bekas pensyarah Universiti Malaya UM) memimpin sekumpulan 90 orang anggota militant masuk ke kawasan itu baru-baru ini.

Mengulas mengenai pembabitan rakyat Malaysia dalam aktiviti keganasan Daesh, Khalid berkata PDRM kini telah mengenal pasti orang yang disyaki terlibat dalam kegiatan itu.

"Kita sentiasa mengemas kini pihak yang terlibat. Apabila keadaan memerlukan kita akan melakukan tangkapan," katanya.

Khalid, bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah rakyat Malaysia terbabit dengan kumpulan pengganas tersebut.

Terdahulu, Ahmad Zahid dalam ucapannya menggesa agar rakyat di negara ini termasuk umat Islam tidak melakukan pembaziran makanan dalam bulan Ramadan ini.

Ia berikutan statistik dari pihak pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, SWCORP mengatakan jumlah pembaziran makanan oleh rakyat negara ini berjumlah 17,800 tan sehari pada tahun lalu.

"Angka ini menggerunkan apabila tibanya Ramadan setiap tahun membuang 270,000 tan makanan yang tidak diusik dan boleh dimakan semula.

"Analisis SWCORP turut mencatatkan jumlah makanan tersebut boleh dihidangkan kepada 180 juta orang iaitu hampir enam kali ganda melebihi populasi rakyat Malaysia," katanya.

Katanya, sewajarnya bulan Ramadan mendidik umat Islam berjimat cermat tetapi yang berlaku adalah sebaliknya apabila masyarakat sanggup berbelanja besar untuk waktu berbuka namun bila sudah kenyang makanan tersebut terus dibuang.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qqw6uQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Militan: Kawalan di setiap pintu masuk negara dipertingkatkan - TPM Zahid

Itulah artikel Militan: Kawalan di setiap pintu masuk negara dipertingkatkan - TPM Zahid Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Militan: Kawalan di setiap pintu masuk negara dipertingkatkan - TPM Zahid dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/militan-kawalan-di-setiap-pintu-masuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Militan: Kawalan di setiap pintu masuk negara dipertingkatkan - TPM Zahid"

Catat Ulasan

Loading...