Loading...

MEMANG PATUT TUAN IBRAHIM MENEGUR

Loading...
MEMANG PATUT TUAN IBRAHIM MENEGUR - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk MEMANG PATUT TUAN IBRAHIM MENEGUR, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : MEMANG PATUT TUAN IBRAHIM MENEGUR
link : MEMANG PATUT TUAN IBRAHIM MENEGUR

Baca juga


MEMANG PATUT TUAN IBRAHIM MENEGUR

Bukan merupakan kebiasaan bagi pimpinan utama Pas menegur pemimpin bawahan mereka yang didapati mengeluarkan ucapan dan kata-kata yang melampau atau menyinggung pihak lawan.
Selalunya, perbuatan itu didiamkan begitu saja.
Tetapi, Tuan Ibrahim Tuan Man yang kini memangku jawatan Presiden Pas berikutan Hadi Awang sedang menerima rawatan pemulihan kerana pembedahan injap jantung, telah melakukan sebaliknya dan bertindak terpuji susulan tulisan YDP Pas Gombak, Salehuddin Nasir yang dilihat tidak wajar sama-sekali berkaitan majlis berbuka puasa melibatkan pemimpin DAP.
Pemimpin Pas kawasan itu bukan saja menulis secara tidak wajar, melulu dan emosi, malah juga melakukan fitnah dengan mengaitkan DAP dengan pesta arak dan majlis onani yang sebenarnya bukan anjuran parti itu.
Membaca tulisannya itu pasti ramai yang geleng kepala kerana imej beliau sebagai pemimpin Islam yang selalu tampil berkopiah dan nampak sopan, sedangkan budak-budak rock atau orang biasa yang pakai topi pun tidak menulis seburuk itu bahasa dan tuduhannya kepada pihak lain.
Ketika pemimpin-pemimpin Pas lain masih berdiam diri dan “berat mulut”  untuk menegur, Tuan Ibrahim dengan berani tampil menegur serta menasihati pimpinan bawahan atau sesiapa dalam parti itu agar menjaga tulisan mereka.
Malah, beliau juga menjarakkan diri dengan mengatakan tulisan sebegitu rupa tidak menepati dasar parti atau mewakili pendirian parti.
Jika diselak sejarah yang tidak terlalu lama, tindakan pemimpin Pas peringkat bawahan yang bertindak keterlaluan, emosi dan tidak menjaga adab,  bukanlah sesuatu yang asing sebenarnya.
Sebelum ini, ada di antara mereka yang mengatakan Dr. Wan Azizah Wan Ismail, jika tidak menyokong usul Akta 355, kiranya meninggal dunia nanti,  sudah layak dikebumi di jirat Cina.
Minggu lalu, seorang bekas pemimpin Pas yang mengetuai sebuah NGO telah mengadakan demonstrasi melarang Ketua Menteri Pulau Pinang menghadiri majlis berbuka puasa, kecuali jika memeluk Islam terlebih dahulu.
Dalam demonstrasi yang sama juga telah berlaku kejadian tampar yang melibatkan seorang pegawai kepada Lim Guan Eng.
Namun, jika diselak sejarah bertahun-tahun sejak kewujudan Pas, tindakan keterlaluan, tidak wajad dan emosi bukanlah sesuatu yang asing sebenarnya.
Melabel, menuduh dan memfatwa dengan hukum sembrono terhadap pihak yang dimusuhinya, boleh dikatakan sudah menjadi amalan biasa.
Carilah akhbar lama, kaset atau cakera padat ucapan pemimpin-pemimpin mereka, pasti ditemui “macam-macam ada” di situ.
Sebagaimana biasa, perbuatan itu tidak pernah ditegur dan hanya dibiarkan saja. Tidak kedengaran perbuatan itu pernah ditegur.
Namun, permulaan memberi teguran dan peringatan sebagaimana yang dilakukan oleh Tuan Ibrahim ini, bukan saja wajar, malah terpuji sekali, meskipun pemimpin Pas yang lain nampaknya masih kekal suka mendiamkan diri.
Tuan Ibrahim, selain satu-satunya yang masih mahu bercakap tentang skandal dan penyelewengan 1MDB, juga adalah pemimpin Pas yang nampkanya kekal terserlah hati dan jiwa yang suci.
Mulai sekarang, beliau mesti terus konsisten menegur dan membetulkan apa-apa yang tidak sihat, tetapi berleluasa dalam parti itu.

Pas akan kembali berwibawa dan dihormati jika mutlak berada di bawah pimpinannya.

– http://ift.tt/1Ka9Gf1

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r9mBPH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article MEMANG PATUT TUAN IBRAHIM MENEGUR

Itulah artikel MEMANG PATUT TUAN IBRAHIM MENEGUR Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel MEMANG PATUT TUAN IBRAHIM MENEGUR dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/memang-patut-tuan-ibrahim-menegur.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MEMANG PATUT TUAN IBRAHIM MENEGUR"

Catat Ulasan

Loading...