Loading...
Tajuk : Media Berkumpul Lagi Di Mahkamah Sepang
link : Media Berkumpul Lagi Di Mahkamah Sepang
Media Berkumpul Lagi Di Mahkamah Sepang
SEPANG: Kompleks Mahkamah Sepang, di sini, hari ini, menjadi tumpuan pengamal media dari seluruh negara, buat kali kedua bagi mengikuti perkembangan pertuduhan kes pembunuhan abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Nam.
Seawal jam 6 pagi, pemberita dan jurugambar serta juru video daripada pelbagai negara antaranya Malaysia, Indonesia, Jepun, Taiwan, China dan Singapura sudah mula berkumpul di luar kompleks mahkamah.
Bagaimanapun, kehadiran pengamal media dilihat semakin berkurangan berbanding di awal prosiding kes, kira-kira dua bulan lalu.
Tepat jam 9 pagi, tertuduh warga Vietnam, Doan Thi Huong, 28, tiba dengan diiringi anggota polis dan pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC).
Kira-kira lima minit kemudian, Siti Aisyah, 25, warga Indonesia dibawa masuk ke kompleks mahkamah. Kedua-dua tertuduh dilihat memakai jaket kalis peluru sebagai langkah keselamatan.
Pada 1 Mac lalu, Siti Aisyah dan Thi Huong, didakwa bersama empat lagi yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), jam 9 pagi, pada 13 Februari lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori. - BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rPvChZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Media Berkumpul Lagi Di Mahkamah Sepang
Itulah artikel Media Berkumpul Lagi Di Mahkamah Sepang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Media Berkumpul Lagi Di Mahkamah Sepang dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/media-berkumpul-lagi-di-mahkamah-sepang.html
0 Response to "Media Berkumpul Lagi Di Mahkamah Sepang"
Catat Ulasan