Tajuk : Mayat Mangsa Bot Karam Di Pontian Dijumpai
link : Mayat Mangsa Bot Karam Di Pontian Dijumpai
Mayat Mangsa Bot Karam Di Pontian Dijumpai
JOHOR BAHRU – Mayat mangsa yang hilang dalam kejadian bot terbalik dan karam di kawasan perairan Pontian petang Jumaat lepas ditemukan pada jarak lebih kurang 4.1 batu nautika dari barat laut Sungai Ayam oleh nelayan tempatan pagi tadi .
Pengarah Maritim Daerah Maritim Johor Bahru Kapten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab. Rahman berkata mayat Mohd Syami Hasing, 16, ditemui dalam keadaan berseluar pendek dan tanpa baju pada kira-kira 9 pagi oleh nelayan yang keluar menangkap ikan pagi tadi.
Beliau berkata mereka kemudiannya menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Maritim Batu Pahat.
“Mayat mangsa seterusnya dibawa ke Jeti Pangkalan Maritim Batu Pahat. Identiti mangsa telah disahkan oleh rakan yang sama-sama menaiki bot ketika kejadian sebelum mangsa dibawa ke Hospital Batu Pahat untuk tindakan selanjutnya.
“Berikutan penemuan mayat ini, operasi mencari dan menyelamat telah kita tamatkan pada pukul 1.30 tengah hari tadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, lapan orang nelayan terjatuh daripada beberapa bot yang dinaiki mereka selepas bot-bot tersebut karam dipukul ombak di tiga lokasi berasingan iaitu di perairan Rambah, Penerok dan Pontian.
Enam daripada nelayan terbabit berjaya menyelamatkan diri manakala dua lagi hilang.
Seorang daripada dua nelayan yang hilang, Muhammad Atif Hafifi Abd Manaf, 28, dijumpai lemas sehari selepas kejadian oleh pasukan penyelamat di kedudukan satu batu nautika dari pantai Rambah. -BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2slpVol
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Mayat Mangsa Bot Karam Di Pontian Dijumpai
Anda sedang baca artikel Mayat Mangsa Bot Karam Di Pontian Dijumpai dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/mayat-mangsa-bot-karam-di-pontian.html
0 Response to "Mayat Mangsa Bot Karam Di Pontian Dijumpai"
Catat Ulasan