Loading...
Tajuk : Mayat Bekas Diktator Panama Dibakar
link : Mayat Bekas Diktator Panama Dibakar
Mayat Bekas Diktator Panama Dibakar
PANAMA CITY: Mayat bekas diktator Panama, Manuel Noriega dibakar semalam, sehari selepas pemimpin berusia 83 tahun itu meninggal dunia di sebuah hospital di sini, kata rakan keluarga berkenaan.
Upacara itu dihadiri hanya dihadiri keluarga terdekat, antaranya tiga anak perempuannya serta rakan di pusat pembakaran mayat di ibu kota ini. Abu mendiang diberi kepada balunya.
"Ia adalah ucapan selamat tinggal seperti diharapkan keluarga. Abunya akan disimpan isterinya, Felicidad.
"Agak sukar membuat keputusan (membakar mayat) kerana hingga saat akhir ada banyak halangan," kata Ruben Murgas, rakan Noriega dan bekas pengarah radio tempatan.
Noriega meninggal dunia kelmarin di Hospital Santo Tomas di sini di mana mendiang pulih daripada pembedahan Mac lalu untuk mengeluarkan ketumbuhan otak dan pembedahan berikutnya menghentikan pendarahan batang serebrum.
Punca kematiannya tidak diberikan begitu juga bedah siasat tidak dilakukan kerana Noriega mati di hospital.
Bekas diktator itu diberi pembebasan sementara dari penjara di mana dia menjalani hukuman tiga hukuman penjara 20 tahun berturut-turut atas kehilangan ramai musuh politiknya ketika memerintah dari 1983 hingga 1989. - AFP
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2skv7ZK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Mayat Bekas Diktator Panama Dibakar
Itulah artikel Mayat Bekas Diktator Panama Dibakar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Mayat Bekas Diktator Panama Dibakar dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/mayat-bekas-diktator-panama-dibakar.html
0 Response to "Mayat Bekas Diktator Panama Dibakar"
Catat Ulasan