Loading...
Tajuk : Mati Terkulai Di Kaki Lima Selepas Tumbuk Cermin
link : Mati Terkulai Di Kaki Lima Selepas Tumbuk Cermin
Mati Terkulai Di Kaki Lima Selepas Tumbuk Cermin
SEORANG lelaki ditemui mati dalam keadaan terbaring di kawasan kaki lima di hadapan sebuah kedai di Blok C, Alamanda, Cheras awal pagi tadi selepas dipercayai menumbuk cermin sebuah kedai komputer.
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Chong Kok Sin berkata, mayat lelaki berusia 28 tahun ditemui dengan kesan cedera di tangan kanan kira-kira jam 6.45 pagi.
Menurutnya, beberapa saksi melihat mangsa dalam keadaan terbaring, muntah dan berada dalam keadaan tidak stabil dipercayai mabuk di bahagian lobi kondominium tersebut.
“Keterangan daripada saksi mendapati mangsa menumbuk cermin kedai tersebut dengan tangan sehingga pecah sebelum terjatuh ke lantai.
“Mangsa dipercayai merangkak sehingga di depan Kedai Serbaneka yang jarakknya l/kurang 60 kaki dan terus tidak bergerak lagi,” katanya dalam satu kenyataan.
Difahamkan, mangsa yang dipercayai mabuk dilaporkan bertengkar dengan dua rakannya termasuk seorang wanita semasa melalui tempat kejadian.
Lelaki itu yang ditinggalkan rakannya kemudian dipercayai mengamuk dan menumbuk cermin kedai komputer hingga menyebabkan kecederaan serius pada tangannya.
Mangsa disahkan meninggal dunia dan mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia PPUKM, Cheras.
Setakat ini, kes berkenaan disiasat mengikut kematian mengejut (SDR). – MYNEWSHUB.CC
Thus Article Mati Terkulai Di Kaki Lima Selepas Tumbuk Cermin
Itulah artikel Mati Terkulai Di Kaki Lima Selepas Tumbuk Cermin Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Mati Terkulai Di Kaki Lima Selepas Tumbuk Cermin dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/mati-terkulai-di-kaki-lima-selepas.html
0 Response to "Mati Terkulai Di Kaki Lima Selepas Tumbuk Cermin"
Catat Ulasan