Loading...

Malaysia kutuk pelancaran peluru berpandu Korea Utara

Loading...
Malaysia kutuk pelancaran peluru berpandu Korea Utara - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Malaysia kutuk pelancaran peluru berpandu Korea Utara, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Malaysia kutuk pelancaran peluru berpandu Korea Utara
link : Malaysia kutuk pelancaran peluru berpandu Korea Utara

Baca juga


Malaysia kutuk pelancaran peluru berpandu Korea Utara

KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara yang dilancarkan di Wonsan, pantai timur negara itu pada Isnin (29 Mei).

Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa berkata, ini merupakan pelancaran ketiga dalam tempoh sebulan, menjadikan jumlah pelancaran sebanyak sembilan kali pada tahun ini.

"Penentangan berterusan pihak Korea Utara untuk menghentikan program nuklear dan peluru balistiknya secara serta-merta seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), telah mengeruhkan lagi situasi yang sudah sedia tegang di Semenanjung Korea.

"Malaysia mengutuk pencabulan secara jelas oleh Korea Utara terhadap resolusi-resolusi berkaitan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu," katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, Malaysia juga menggesa Korea Utara untuk memenuhi obligasi antarabangsa demi kepentingan keamanan dan keselamatan serantau dan antarabangsa.

"Dalam hal ini, Malaysia menyeru supaya dialog secara aman dan rundingan diadakan semula antara Korea Utara dengan pihak-pihak yang berkaitan," katanya.

Korea Utara dilaporkan melancar satu lagi ujian peluru berpandu balistik berhampiran Lapangan Terbang Wonsan yang mendarat di Laut Jepun pada Isnin.

Sementara itu, Wisma Putra dalam kenyataan berasingan berkata pihaknya telah menerima laporan bahawa tiga orang pelajar Malaysia telah ditahan oleh Polis Greater Manchester sekitar 5.40 petang semalam (waktu tempatan).

Katanya pelajar tersebut telah dibawa ke Balai Polis Longsight di Manchester, dipercayai untuk disoal siasat dan telah dibebaskan pada 9 malam (waktu tempatan).

Walau bagaimanapun, kementerian tidak menyatakan sebab mereka disiasat.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rlZ9Pp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Malaysia kutuk pelancaran peluru berpandu Korea Utara

Itulah artikel Malaysia kutuk pelancaran peluru berpandu Korea Utara Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Malaysia kutuk pelancaran peluru berpandu Korea Utara dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/malaysia-kutuk-pelancaran-peluru.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Malaysia kutuk pelancaran peluru berpandu Korea Utara"

Catat Ulasan

Loading...