Loading...

Majlis Presiden boleh murnikan calon bakal PM, kata Amanah

Loading...
Majlis Presiden boleh murnikan calon bakal PM, kata Amanah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Majlis Presiden boleh murnikan calon bakal PM, kata Amanah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Majlis Presiden boleh murnikan calon bakal PM, kata Amanah
link : Majlis Presiden boleh murnikan calon bakal PM, kata Amanah

Baca juga


Majlis Presiden boleh murnikan calon bakal PM, kata Amanah

BORHAN AHMAD

Datuk Seri Anwar dicadangkan sebagai PM ke 7 oleh Kongres PKR.Datuk Seri Anwar dicadangkan sebagai PM ke 7 oleh Kongres PKR.


Amanah yakin Majlis Presiden Pakatan Harapan mampu memurni dan menyelesaikan perbezaan pendapat tentang calon perdana menteri jika Pakatan Harapan memerintah negara ini.

Timbalan presiden Amanah, Salahudin Ayub berkata, dengan dibarisi oleh pemimpin yang sudah berpengalaman panjang dalam politik, mereka mampu menyelesaikan perkara ini dengan baik.

Salahudin Ayub... Allahyarham Ustaz Fadzil pernah cadangkan Anwar sebagai PM.Salahudin Ayub... Allahyarham Ustaz Fadzil pernah cadangkan Anwar sebagai PM."Dengan adanya Tun Dr Mahathir, Kak Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Lim Kit Siang, saya penuh yakin mereka boleh memurnikan isu ini dengan baik.

"Saya juga yakin rakyat memang menunggu apa pemurniaan yang akan dibuat oleh Majlis Presiden," kata Salahudin.

Beliau tidak menyalahkan kongres PKR baru-baru ini yang mencalonkan pemimpin mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri ke 7.

"Itu hak kongres PKR untuk mencalonkan pemimpin mereka. Parti lain pun berhak berbuat demikian.

"Esok atau lusa, Amanah, Bersatu atau DAP sekalipun boleh mencalonkan pemimpin masing-masing tetapi Majlis Presiden yang perlu memurnikannya dan mereka layak berbuat demikian," kata Salahudin mengulas tindakan kongres PKR yang mencalon Anwar sebagai calon PM.

Lagipun, katanya, nama Anwar sudah dicalonkan sebagai bakal PM sejak menjelang pilihan raya ke 10 iaitu pada tahun 1999 lagi.

"Allahyarham Datuk Fadzil, presiden Pas ketika itu sendiri mencalonkan Anwar. Jadi kalau diulangi oleh Kongres PKR, ia bukan sesuatu yang janggal.

"Cuma sekarang Majlis Presiden Pakatan Harapan kena putuskan siapa PM ke 7 sebelum Anwar jadi PM ke 8 kerana sekarang ini Anwar berada dalam penjara," kata Salahudin.

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir telah dinamakan sebagai penasihat dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai pengerusi Pakatan Harapan.

Tiga pemimpin turut dinamakan sebagai naib pengerusi iaitu Mohamad Sabu (Presiden Amanah), Tan Dri Muhyiddin Yassin (Presiden Bersatu) dan Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP).

Namun ia belum disahkan lagi oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dijangka akan bermesyuarat tidak lama lagi sebelum nama-nama itu dikemaskini dan difailkan kepasa Pendaftar Pertubuhan ketika pendaftaran Pakatan Harapan dibuat.



Thus Article Majlis Presiden boleh murnikan calon bakal PM, kata Amanah

Itulah artikel Majlis Presiden boleh murnikan calon bakal PM, kata Amanah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Majlis Presiden boleh murnikan calon bakal PM, kata Amanah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/majlis-presiden-boleh-murnikan-calon.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Majlis Presiden boleh murnikan calon bakal PM, kata Amanah"

Catat Ulasan

Loading...