Loading...

MAHFUZ PUJI MB S’GOR KEKALKAN EXCO PAS

Loading...
MAHFUZ PUJI MB S’GOR KEKALKAN EXCO PAS - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk MAHFUZ PUJI MB S’GOR KEKALKAN EXCO PAS, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : MAHFUZ PUJI MB S’GOR KEKALKAN EXCO PAS
link : MAHFUZ PUJI MB S’GOR KEKALKAN EXCO PAS

Baca juga


MAHFUZ PUJI MB S’GOR KEKALKAN EXCO PAS

Datuk Mahfuz Omar mengucapkan syabas kepada kepimpinan PKR dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali kerana memutuskan mengekalkan exco PAS dalam kerajaan negeri.

Anggota parlimen Pokok Sena itu berkata, keputusan itu membuktikan jiwa besar pimpinan PKR terhadap PAS dan tetap menerima parti itu “walaupun dituduh menentang agenda Islam” mereka.

“Keputusan tersebut secara tidak langsung membina persepsi bahawa PKR sebagai sebuah parti yang lebih mementingkan rakyat dan negeri Selangor, serta jauh dari dilihat sebagai kaki gaduh yang sesuka hati memecat serta memutuskan hubungan dengan pihak dan parti yang tidak sehaluan…,” katanya.

Azmin dan Biro Politik PKR pada 24 Mei memutuskan untuk mengekalkan tiga exco PAS demi memastikan kestabilan kerajaan negeri.

Mereka juga mengambil kira mandat pada pilihan raya sebelum ini diberikan kepada tiga parti iaitu PAS, PKR dan DAP atas kapasiti Pakatan Rakyat.
Mahfuz, bekas naib presiden PAS yang kini kurang disenangi dalam parti sendiri itu juga memuji langkah PKR yang dibuat ketika mereka berdepan tuduhan berat iaitu menentang agenda Islam.

“PKR dilihat terbuka menerima PAS yang sebelum ini mengisytihar PKR sebagai musuh yang akan ditentang pada PRU14 nanti.

“Umum mengetahui yang memutuskan hubungan kerjasama politik ialah PAS manakala yang mendapat keuntungan politik ialah PKR.

“Tahniah PKR dan syabas YAB Datuk Seri Azmin Ali, Menteri Besar Selangor atas kebijaksanaan berpolitik,” katanya.

Majlis Syura Ulama PAS pada 11 Mei lalu menerima usul dalam muktamar parti itu bagi memutuskan kerjasama politik mereka dengan PKR.

Badan penggubal dasar parti itu berhujah kerjasama itu dibatalkan kerana berlaku banyak pelanggaran syarat kerjasama, termasuk “penentangan” terhadap usaha PAS melipatgandakan hukuman Mahkamah Syariah.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qpb4bf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article MAHFUZ PUJI MB S’GOR KEKALKAN EXCO PAS

Itulah artikel MAHFUZ PUJI MB S’GOR KEKALKAN EXCO PAS Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel MAHFUZ PUJI MB S’GOR KEKALKAN EXCO PAS dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/mahfuz-puji-mb-sgor-kekalkan-exco-pas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MAHFUZ PUJI MB S’GOR KEKALKAN EXCO PAS"

Catat Ulasan

Loading...